Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-19 20:01:59    
ASEAN Sediakan Peluang Perkembangan yang Baru kepada Guangxi China

CRI
China dan ASEAN telah menandatangani "Perjanjian Rangka Kerjasama Ekonomi Menyeluruh China-ASEAN", dan akan menubuhkan Zon Dagangan Bebas China-ASEAN pada tahun 2010, ini telah menyediakan prospek kerjasama pelbagai bidang kepada kedua-dua pihak. Lokasi strategi Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China membolehkan wilayah itu menjadi pangkalan hadapan Zon Dagangan Bebas China-ASEAN. Guangxi berdasarkan situasi yang baru dalam dan luar negara dan keadaan sebenar di Guangxi, menetapkan pembangunan industri sebagai strategi penting, mengembangkan ekonominya.

Sejak dasar pembaharuan dan buka pintu diamalkan selama lebih 20 tahun, industri Guangxi sudah mencapai kemajuan dan mempunyai sektor dan perusahaan yang hebat, fungsi industri untuk mengembangkan ekonomi semakin meningkat?Guangxi mempunyai syarat sosioekonomi yang baik. Setelah membangun dengan lama, khususnya setelah strategi pembangunan kawasan barat dilaksanakan, keupayaan ekonomi industrinya telah meningkat secara besar-besaran. Pembangunan infrastruktur termasuk sumber tenaga, lalu lintas dan telekomunikasi sudah semakin maju dan pertumbuhan ekonominya menjadi lebih cepat lagi.

Guangxi mempunyai sumber air, bahan galian, laut dan hutan tropika yang kaya, pantainya sepanjang 1595 kilometer. Guangxi bersempadan dengan Vietnam, selatannya ialah kawasan barat daya China, bersempadan dengan Asia tenggara dan merupakan laluan yang paling mudah dari China ke ASEAN. Guangxi dibangun sebagai pangkalan hadapan Zon Dagangan Bebas China-ASEAN ini pasti akan menyediakan syarat yang baik pengedaran barang-barang bagi proses industrialisasi di Guangxi.

Guangxi akan melaksanakan strategi buka pintu untuk mengembangkan ekonominya, sepenuhnya memainkan peranan Guangxi sebagai jambatan dan pangkalan yang penting Zon Dagangan Bebas China-ASEAN, meningkatkan kerjasama ekonomi yang menyeluruh dengan pelbagai negara anggota ASEAN, mengadakan kerjasama ekonomi dengan Provinsi Guangdong dalam pelbagai bidang, meningkatkan kerjasama ekonomi dengan pelbagai provinsi dan wilayah yang lain di China, bersama-sama bekerjasama dengan ASEAN, sepenuhnya menggunakan pasaran dalam dan luar negara, menyusun semula dan menyempurnakan struktur industri, menjadikan Guangxi sebagai pusat pembuatan barangan di Zon Dagangan Bebas China-ASEAN, secara selanjutnya membangunkan zon industri tepi laut, zon penerokaan ekonomi teknologi dan zon industri teknologi tinggi, menyertai kerjasama dan persaingan antarabangsa dalam bidang yang lebih luas dan peringkat yang lebih tinggi, secara menyeluruh meningkatkan taraf buka pintu, memperluas ruang pertumbuhan ekonomi, mencapai perkembangan ekonomi industri.

Membaharui dan meningkatkan industri tradisional termasuk industri kenderaan, pembuatan gula, mesin, bahan binaan dan besi waja, di samping mengembangkan industri teknologi tinggi, secara besar-besaran meneroka sumber yang mempunyai kelebihan berdasarkan pasaran, mengembangkan industri yang mempunyai masa depan yang cerah. Secara sepenuhnya menggunakan keunggulan sumber air, mengembangkan industri elektrik yang mengutamakan projek hidroelektrik, dengan cepat membangunkan Guangxi sebagai pangkalan yang penting dalam projek "bekalan tenaga elektrik dari barat ke timur". Kedua, menggunakan keunggulan sumber bahan galian aluminium, mengembangkan industri aluminium. Ketiga, menggunakan sumber hutan tropika, secara beransur-ansur menjadi pangkalan pembuatan kertas yang penting di China. Keempat, menggunakan sumber petroleum dan gas asli yang kaya di kawasan teluk utara dan laut selatan, mengembangkan industri petrokimia. Kelima, menggunakan sumber hasil pertanian dan hutan tropika serta hasil laut dan air tawar, mengembangkan industri makanan dan pemprosesan hasil pertanian. Dan keenam, menggunakan sumber ubat tradisional China dan haiwan laut yang kaya, mengembangkan industri perubatan yang mengutamakan ubat tradisional China. Dengan sumber yang mempunyai kelebihan mengembangkan industri baru, meningkatkan keupayaan dan daya persaingan ekonomi industri, mendorong perkembangannya.

Di samping menyempurnakan dan meningkatkan fungsi Gaungxi sebagai laluan masuk dari arah laut di kawasan barat daya China, juga mempercepat pembangunan infrastruktur lalu lintas termasuk lebuh raya, landasan kereta api dan penerbangan, menubuhkan laluan pengangkutan antarabangsa yang, terbuka, moden dan mudah untuk menjayakan penubuhan Zon Dagangan Bebas China-ASEAN, dengan laluan tersebut mengembangkan industri pengedaran barang-barang moden, berusaha membangun Guangxi sebagai pusat pengedaran barang-barang Zon Dagangan Bebas China-ASEAN.

Mengembangkan ekonomi swasta untuk meningkatkan dinamik ekonominya, melaksanakan pembaharuan terhadap perusahaan milik negara, mempercepat penyusunan semula ekonomi nasional, memberi sokongan dan mendorong perkembangan ekonomi bukan milik negara.

----Andika