Zon Perusahaan Suzhou diusahakan oleh pelajar China yang belajar di luar negara dan kembali berkhidmat di tanah air. Selama lebih 20 tahun yang lalu, terdapat hampir 600 ribu orang pelajar China telah melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dalam beberapa tahun kebelakanan ini, ekonomi China berkembang dengan cepat, telah menarik semakin ramai pelajar China yang belajar di luar negara yang kembali berkhidmat di tanah air. Suzhou menjadi salah satu pilihan tempat bekerja mereka. Bandar Suzhou terletak di Provinsi Jiangsu di timur China, alam sekitarnya indah dan iklimnya nyaman, keluasannya kira-kira 8500 kilometer persegi. Walaupun bangunan yang tinggi tidak banyak, tetapi banyak taman yang indah di merata tempat. Mesyarakatnya hidup dalam suasana yng aman dan tenteram, bebas daripada kebisingan bandar raya. Selain itu, ia terletak di kawasan Delta Sungai Yangtze yang ekonominya berkembang maju, dan hanya berjarak 90 kilkometer dari Shanghai bandar raya yang terbesar di China. Keunikan tersebut telah menjadi keunggulan yang menarik para pelajar China yang melanjutkan pelajarannya di luar negara kembali untuk melabur dan bekerja di situ.
Pengarah Urusan Kumpulan Maklumat Anbo puan Wu Hong berpendapat, Bandar Suzhou sama seperti lembah silicon. Beliau pernah melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat pada tahun 1980, dan memperolehi ijazah dokcot falsahan dalam bidang perisian komputer dari Universiti Berkeley California, beliau kemudian bekerja selama lebih 10 tahun di California yang dikenali sebagai lembah silicon Amerika Syarikat. Pada 4 tahun yang lalu, beliau telah menubuhkan syarikat perisian komputer di Bandar Suzhou.
Beliau berkata: " Pada ketika itu, saya berpendapat, alam sekitar di Suzhou sangat baik. Saya memilih tempat itu kerana kerajaan tempatan memberi bantuan kepada kami. Selain itu, Suzhou juga berdekatan dengan Shanghai, kos tenaga kerja tempatan lebih rendah berbanding Shanghai. Bagi syarikat perisian komputer yang baru seperti kami, kami harus memilih tempat kerja yang kos buruhnya rendah dan tempat itu tenang".
Pada mulanya, hanya terdapat beberapa perusahaan di Suzhou, kini di kawasan Zon Perusahaan Suzhou, terdapat lebih 260 buah perusahaan, dan lebih 400 orang pelajar China yang pernah belajar di luar negara kini bekerja di situ. Perusahaan seumpama itu terus meningkat dengan kadar 20% setiap tahuh, yang meliputi bidang sains dan teknologi canggih, khususnya syarikat teknologi maklumat, perlindungan alam sekitar dan pengusaha ubat-ubatan.
Pada beberapa tahun yang lalu, untuk menubuhkan lebih banyak perusahaan teknologi tinggi, bandar Suzhou menubuhkan Zon Perusahaan Pelajar China yang balik dari luar negara dan memberi sokongan dalam bidang kewangan dan keutamaan dasar. Pegawai bandar Suzhou puan Cui Ping ketika diwawancara oleh wartawan menyatakan, sokongan kerajaan telah menyediakan suasana yang baik kepada para pelajar China yang balik ke tanah air".
Beliau berkata: " Kami mempunyai satu pusat perusahaan, yang menyediakan kemudahan sistem incubator perusahaan antarabangsa, yang dikenali sebagai zon perusahaan pelajar China yang kembali ke tanah air. Semenjak tahun 1994, kerajaan memperuntukkan sebanyak 4 ratus juta yuan Renminbi untuk membantu lebih 400 buah perusahaan di zon perusahaan tersebut. Banyak perusahaan di sana telah mencapai kejayaan".
Pegawai itu berkata, semenjak zon perusahaan tersebut ditubuhkan, badan pengawalan kerajaan telah menyediakan suasana yang baik dan menetapkan dasar keutamaan kepada palajar China yang balik ke tanah air. Selain itu, mereka juga membantu perusahaan untuk memperoleh modal yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan. Pengurus Zon perusashaan itu Encik Li Chongyang berkata: " Setelah perusahaan pelajar China yang kembali dari luar negara ditubuhkan, mereka kekurangan modal. Kami berusaha menyediakan bantuan modal kepada mereka dan membantu mereka mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan. Lantaran itu, kami sering mengadakan dialog dengan pihak bank dan perusahan, supaya bank dapat mengetahui projek perusahaan pelajar China yang kembali ke tanah air, supaya mereka dapat memilih bank dan memperoleh modal untuk melaksanakan projek mereka".
Kini, China mempunyai lebih 400 buah zon perusahaan pelajar China yang belajar di luar negara. Difahamkan, Zon Perusahaan Suzhou telah menubuhkan sistem perkhidmatan percuma kepada perusahaan yang menawarkan kerja kepada tenaga profesional, memberi khidmat nasihat maklumat, meneroka pasaran dan perdagangan import-ekspot. Perkhidmatan tersebut mengurangkan kos perusahaan dan risiko perniagaan dan menjayakan perusahaan baru. Difahamkan, kadar kejayaan perniagaan perusahaan di Zon Perusahaan Suzhou China melebihi 85% dan kebanyakan perusahaan berjaya menjadi perusahaan sains dan teknologi tinggi.
(Wang Ling)
|