|
Wartawan CRI melaporkan, badan insurans terbesar di dunia, Kumpulan Antarabangsa A.S. (AIG) telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Bank Merchants China semalam, lantaran itu, AIG akan memberikan perkhidmatan insurans hayat kepada perusahaan dalam negeri China. Ini kali pertama korporat asing memeterai perjanjian dengan sektor insurans hayat di China.
Menurut perjanjian itu, AIG akan bersama-sama Bank Merchants memberikan perkhidmatan insurans hayat kepada korporat di China. Timbalan Presiden Bank Merchants, Li Hao berpendapat bahawa kerjasama kedua-dua pihak akan memangkin perkembangan pasaran insurans hayat di korporat China.
|