|
Wartawan CRI melaporkan, Thailand dan Loas telah mengadakan mesyuarat pertama kabinet bersama di Champasak, Laos dan Ubon Ratchathani, Thailand sealam, untuk mendorong kerjasama kedua-dua negara dalam bidang keselamatan serta ekonomi dan perdagangan, memangkin kepercayaan antara satu sama lain.
Jurucakap Jabatan Perdana Menteri Thailand malam semalam memaklumkan pihak akhbar bahawa Perdana Menteri Thailand, Thaksin dan Perdana Menteri Laos, Boungnang Vorachit serta menteri-menteri kedua-dua negara telah mengadakan perbincangan tentang bagaimana memangkin kerjasama dua hala dalam bidang keselamatan, ekonomi dan perdagangan dan sosioekonomi. Mereka menyatakan akan bersama-sama memerangi penyeludupan dadah di kawasan sempadan, dan penjualan manusia secara haram untuk memelihara keselamatan dan kestabilan di kawasan sempadan. Di samping itu, kedua-dua pihak juga akan meningkatkan kerjasama dalam perdagangan, pelaburan, komunikasi dan lalu lintas, mempercepat pembinaan lebuh raya, landasan kereta api dan internet antara kedua-dua negara.
|