|
Menurut Agensi Berita Xinhua, ahli ekonomi utama Bank Dunia di China, Deepak Bhattasali semalam di Beijing berkata, globalisasi bermanfaat bagi pertumbuhan ekonomi China.
Beliau dalam Forum Pembangunan China berkata, pelaburan asing di China pada tahun lepas mencapai 50 bilion dolar Amerika, menduduki tempat pertama di dunia. Beliau berpendapat bahawa ini berdasarkan peningkatkan taraf globalisasi China dan iklim pelaburan di China semakin sempurna.
Menurut beliau, globalisasi ekonomi telah menjamin pembangunan ekonomi China selaras dengan ekonomi dunia, dan juga menjamin kestabilan pembangunannya, serta membendung unsur yang tidak menentu.
|