Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-21 18:15:33    
China akan Galakkan Pembangunan Kawasan Barat China

CRI
Wartawan CRI melaporkan, Dewan Negara China telah mengadakan sidang berkaitan pembangunan di kawasan barat China pada 19 hingga 20 Mac lalu. Perdana Menteri China, Wen Jiabao dalam sidang itu menegaskan bahawa kerajaan pusat China tidak akan mengurangkan sokongan terhadap pembangunan di kawasan barat, sebaliknya akan memangkin pembangunan itu dengan mengambil tindakan yang berkesan.

Wen Jiabao berkata, dalam tempoh lebih empat tahun lalu, pembinaan infrastruktur di kawasan barat China telah mencapai kemajuan besar, perlindungan ekologi dijalankan dengan baik dan usaha pendidikan berkembang pesat. Kerajaan pusat akan terus menggalakkan pembangunan di kawasan barat.

Dilaporkan lagi, kerajaan China telah memperuntukkan 10 bilion yuan RMB untuk meningkatkan taraf pendidikan di kawasan barat dan rancangan berkaitan sedang digubal.