Rancangan Obor China mula dilaksanakan pada 15 tahun yang lalu. Rancangan itu membimbing ahli sains dan teknologi berkhidmat untuk pembangunan ekonomi, mendorong hasil sains dan teknologi digunakan dalam perusahaan. Setakat ini, sebanyak lebih 24 ribu projek rancangan itu telah dilaksanakan dan kemajuan penting telah dicapai dalam bidang mengembangkan industri teknologi tinggi.
Penubuhan Zon Pembangunan Industri Teknologi Tinggi Negara merupakan projek penting Rancangan Obor China. Sejak tahun 1991, sebanyak 53 Zon Pembangunan telah ditubuhkan di China. Menurut statistik Kementerian Sains dan Teknologi, pada tahun 2002, sebanyak 28 ribu 338 buah perusahaan dibuka di zon tersebut dan menyediakan sebanyak 3.49 juta peluang kerja, pendapatan berjumlah seribu 532 bilion 640 juta Yuan RMB. Kadar pertumbuhan purata tahunan pelbagai jatah ekonomi melebihi 60%.
Jumlah pusat inkubator perusahaan sains dan teknologi China bertambah mencatat 436 buah, angka ini menduduki tempat kedua di dunia selepas A.S.. Sekarang, jumlah perusahaan sains dan teknologi yang mengendalikan inkubator mencatat 23 ribu 400 buah, antaranya 30 buah perusahaan telah disenaraikan di pasaran saham.
Naib Menteri Sains dan Teknologi China Encik Ma Songde menyatakan, "Rancangan Obor dilaksanakan setelah China mengamalkan dasar pembaharuan dan buka pintu. Rancangan itu berjaya menyelaraskan bidang pembangunan sains dan teknologi dengan kemajuan ekonomi. Pelaksanaan rancangan itu bukan bersandar kepada arahan kerajaan, malah menumpukan perhatian terhadap menyediakan iklim yang baik kepada industri teknologi tinggi. Dalam proses pelaksanaan rancangan tersebut, kawalan mekanisme pasaran terhadap sumber sains dan teknologi dijalankan dengan sepenuhnya."
Kerajaan pusat tidak memperuntukkan belanjawan secara langsung terhadap Zon Pembangunan Industri Teknologi Tinggi Negara, namun Zon Pembangunan tersebut menarik sejumlah besar pelabur dengan potensi perkembangan sendiri. Perusahaan milik negara dan swasta, badan pelaburan risiko dan syarikat transnasional menyediakan banyak saluran pelaburan kewangan kepada pusat inkubator perusahaan di Zon Pembangunan tersebut, mengatasi kekurangan modal perusahaan dan mempercepat proses hasil sains dan teknologi dijadikan barang dagangan.
Sekarang, 1/3 pusat inkubator perusahaan menyediakan perkhidmatan dana, jumlah pelbagai dana telah melebihi 3.5 bilio Yuan RMB. Pendapatan tahunan 2002 perusahaan di pusat inkubator perusahaan tersebut mencatat 25 bilion 120 juta Yuan RMB dengan jumlah pekerja seramai 415 ribu orang.
Ketua Pengarah Pusat Pembangunan Industri Teknologi Tinggi Obor Kementerian Sains dan Teknologi China Puan Zhao Yumei menyatakan: "Keunggulan inovasi tempatan telah dibentuk kerana terdapat pelbagai sumber industri sains dan teknologi, ini memainkan peranan penting untuk mempercepat pembangunan industri teknologi tinggi."
Pekan Zhouzhuang bandar Kunshan terletak kira-kira 100 kilometer dari bandar Shanghai. Ekonomi di pekan itu mundur pada masa dahulu. Pada 11 tahun yang lalu, usahawan petani tempatan dan jurutera Shanghai berusaha untuk menyelenggarakan bersama-sama perusahaan sains dan teknologi swasta, penjualan hasil sains dan teknologi yang dikeluarkan dalam perusahaan itu—sensor pengindera, memperoleh pendapatan sebanyak 575 juta Yuan RMB untuk pekan yang kecil itu.
----Ching
|