Pegawai Kementerian Personel China berkaitan baru-baru ini menyatakan, sistem doktor falsafah merupakan cara yang penting bagi China melaksanakan aktiviti pengkajian sains dan meningkatkan persaingan tenaga profesional antarabangsa bagi China melatih tenaga profesional peringkat tinggi.
Sistem doktor falsafah China bermula pada tahun 1980an. Dalam tempoh lebih 10 tahun lalu, sejumlah besar tenaga profesional China telah dididit dengan sistem itu dan kumpulan ahli penyelidik yang mengikuti kursus doktor falsafah yang berkualiti tinggi telah dibentuk di China. Setakat ini, sebanyak lebih 900 pusat bergerak pengkajian sains doktor falsafah telah ditubuhkan oleh lebih 300 Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Penyelidikan Sains China. Pengkajian mereka meliputi lebih 70 disiplin ilmu peringkat pertama daripada 12 kategori ilmu pengetahuan termasuk ilmu sains, teknologi, pertanian, perubatan dan sosiologi. Penyelidik yang mengikuti kursus doktor falsafah di pusat tersebut berjumlah 6800 orang sekarang. Terdapat 12 ribu penyelidik yang mengikuti kursus doktor falsafah telah menyelesaikan pengkajian mereka dan keluar dari pusat tersebut. Menurut maklumat, kebanyakan penyelidik yang mengikuti kursus doktor falsafah yang keluar dari pusat bergerak pengkajian diundang untuk menyandang jawatan kanan dalam bidang teknologi, ramai antara mereka dinaikkan pangkat sebagai profesor atau penyelidik, ada yang telah menjadi ketua kumpulan penyelidikan atau teknologi untuk memberi sumbangan kepada perkembangan ekonomi, sains, teknologi dan pendidikan China.
Sistem doktor falsafah menjamin penyelidik yang mengikuti kursus doktor falsafah bertukar kerja ke badan pengkajian sains dan perusahaan, mendorong pertukaran akademi dan perkembangan ilmu pengetahuan berkaitan, mempercepat penggunaan hasil sains dan teknologi. Menurut statistik, penyelidik yang mengikuti kursus doktor falsafah purata setiap orang bertanggungjawab 2 hingga 3 projek pengkajian penting, antaranya 40% merupakan projek peringkat negara; mereka purata setiap orang membentangkan 1.5 kertas kerja di arena antarabangsa, membentangkan 3.4 kertas kerja dalam bahan bacaan peringkat A China, 20% antara mereka pernah memenangi anugerah hasil pengkajian sains dan teknologi dan gelaran pujian peringkat kementerian ke atas.
Pengamalan sistem doktor falsafah juga memangkin pengabungan pengeluaran, akademi dan pengkajian serta penggunaan hasil sains dan teknologi. Pada masa ini, sebanyak lebih 430 pusat pengkajian sains doktor falsafah telah ditubuhkan dalam perusahaan skop besar atau kumpulan perusahan milik negara, badan pengeluaran hasil sains dan teknologi, perusahaan teknologi tinggi, zon pembangunan teknologi tinggi, zon pembangunan teknologi ekonomi dan Taman Anggota yang Melanjutkan Pelajaran di Luar Negara menyelenggarakan peruasahaan di China. Anggota penyelidikan yang mengikuti kursus doktor falsafah di pusat-pusat tersebut berjumlah lebih 600 orang. Pusat pengkajian sains doktor falsafah yang ditubuhkan dalam perusahaan tersebut mengabungkan pendidikan, penyelidikan sains dan pengeluaran, meningkatkan keupayaan penyelidikan sains dan inovasi teknologi perusahaan untuk memangkin peningkatan efisiensi ekonomi perusahaan tersebut.
Pegawai Kementerian Personel itu menegaskan, yang paling penting ialah sistem doktor falsafah membentuk mekanisme penggunaan tenaga profesional yang baru, menjamin pertukaran dengan lancar penyelidik yang mengikuti kursus doktor falsafah. Selain melatih dan menggunakan dengan baik tenaga profesional, menarik, menstabilkan dan mempunyai sejumlah besar tenaga profesional yang peringkat tinggi bagi meningkatkan keupayan perkembangan sosioekonomi China secara berterusan pada masa depan.
----Ching
|