Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-22 14:28:57    
China akan Melaksanakan Pembaharuan terhadap Sistem Personel

Agensi Berita Xinhua China
Naib Menteri Personel China Shu Huiguo dalam sidang ketua pengarah personel China yang diadakan baru-baru ini memaklumkan bahawa pembaharuan sistem personel badan kerajaan akan dilaksanakan secara percubaan agar sistem itu dapat diseragamkan dan dimantapkan dalam tempoh 5 tahun. Sehubungan dengan itu, pekerja berkaitan akan bekerja secara kontrak.

Pembaharuan ini akan dilaksanakan di 1.3 juta badan kerajaan yang melibatkan pekerja seramai 30 juta orang. Pembaharuan ini akan membawa pengaruh yang mendalam.

Pembaharuan itu akan dilaksanakan terlebih dahulu di stesen CCTV yang pekerjanya berjumlah puluhan ribu orang. Menurut maklumat tokoh berkaitan, bagi pekerja yang sudah bekerja lama di stesen itu, mereka perlu menandatangani kontrak dengan badan berkaitan sepanjang masa sehingga bersara; manakala bagi pekerja baru, mereka perlu menandatangani kontrak dengan badan berkaitan selama 1 hingga 2 tahun. Setelah tempoh kontrak itu tamat, kedua-dua pihak boleh menandatangani kontrak baru; jika satu pihak tidak berpuas hati, kontrak boleh dibatalkan setelah kedua-dua pihak berbincang.

Sejak pembaharuan sistem personel diperkenalkan, pekerja tidak boleh bekerja di satu badan kerajaan sehingga bersara walaupun mereka telah bekerja dengan bersungguh-sungguh atau tidak, malah mereka harus bersaing menunjukkan prestasi yang terbaik. Pembaharuan ini menyebabkan ramai pekerja di stesen CCTV risau dengan perkemangan itu. Pengarah drama Zenglei memberitahu wartawan bahawa mereka harus bekerja dengan bersungguh-sungguh, berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan untuk menghadapi persaingan dan cabaran.

Prof. Madya Institut Pengurusan Kerajaan Universiti Peking Xu Xianglin menyatakan bahawa peraturan pengurusan kakitangan awam yang dilaksanakan pada tahun 1991 melahirkan pengaruh besar terhadap pembaharuan sistem personel pegawai. Pelaksanaan pembaharuan sistem personel badan kerajaan juga mempunyai erti penting kerana pembaharuan itu bermakna mekanisme persaingan, mekanisme pasaran, dan mekanisme yang mengutamakan pekerja yang cekap telah dibentuk. Ini akan bermanfaat bagi perkembangan badan kerajaan.

Sebanyak 1.3 juta badan kerajaan dengan jumlah pekerja hampir 30 juta orang, angka ini bermakna pembaharuan ini akan mengalami kesukaran. Isu yang paling mencabar ialah menyediakan peluang kerja kepada penganggur, orang yang gagal menandatangani kontrak dengan badan kerajaan.

Menurut statistik, lebih 250 orang antara 60 ribu pekerja gagal menandatangani kontrak dengan badan kerajaan dalam percubaan di bandar Beijing. Walaupun angka itu tidak sampai 1%, akan tetapi, jika kerajaan tidak dapat menyediakan peluang kerja kepada mereka, faktor yang tidak stabil akan terjadi disebabkan pelaksanaan pembaharuan ini, bahkan melibatkan kos yang besar.

Menurut pegawai Kementerian Personel China, kerajaan tidak akan menyuruh para penganggur mencari kerja sendiri, sebaliknya badan kerajaan, tempat mereka bekerja pada masa dahulu akan menyediakan peluang kerja lain atau menyediakan latihan kepada mereka. Gaji asas mereka juga akan disediakan Di samping itu, beberapa dasar dan tindakan seimbang yang lengkap meliputi penyediaan rumah kediaman, perubatan dan insurans akan dibentuk untuk menyediakan jaminan sosial yang baik kepada penganggur. Menurut pegawai itu, kerajaan China akan memberikan keutamaan terhadap isu ini dan peraturan berkaitan akan dikeluarkan dalam tempoh dua tahun yang akan datang.

----Ching