Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-22 15:30:47    
Pegawai Ekonomi Kanan Morgan Stanley Anggap Perkembangan Ekonomi China Amat Penting bagi Pemulihan Ekonomi Dunia

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, pegawai ekonomi kanan Morgan Stanley, Stephen Roach menyatakan di Beijing semalam, ekonomi China dan ekonomi dunia berkaitan erat, perkembangan pesat ekonomi China merupakan sumbangan yang penting bagi pemulihan ekonomi dunia.

Demikian dinyatakan oleh Roach dalam Forum Pembangunan Peringkat Tinggi China. Beliau berkata, pembangunan ekonomi China amat berjaya dan memainkan peranan yang semakin penting mengimbangi ekonomi sejagat.

Diberitakan lagi, naib Menteri Perdagangan China, Yu Guangzhou menyatakan di Beijing semalam bahawa pertumbuhan pasaran China telah menyediakan ruang perkembangan yang baru kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

Beliau berkata, China sedang menjadi pasaran yang berpotensi di dunia. Sekarang China telah membina jaringan telefon yang mempunyai paling ramai pengguna di dunia; pada tahun 2003, China menjual 4.4 juta buah kereta baru, angka itu menduduki tempat ke-3 di dunia. Permintaan pasaran besar China telah menjadi tenaga dorongan penting bagi perkembangan ekonomi dunia.