|
Wartawan CRI melaporkan bahawa Menteri Perdagangan China, Bo Xilai ketika menemui Pengerusi Suruhanjaya Perdagangan A.S.-China, Robert Kapp di Beijing semalam menyatakan, China dan A.S. harus menyelesaikan masalah perdagangan antara China dan A.S. melalui rundingan yang sama rata dengan sikap yang aktif dan bersungguh-sungguh.
Bo Xilai berkata, ekonomi China dan A.S. boleh saling melengkapi, kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala berkembang pesat, skopnya terus ditingkatkan, ini berfaedah kepada China dan A.S.. Kedua-dua pihak harus menyelesaikan masalah tersebut melalui rundingan sama rata dengan sikap aktif dan bersungguh-sungguh.
Robert Kapp menyatakan bahawa ekonomi China berkembang pesat, hubungan China dan A.S. amat penting, Suruhanjaya Perdagangan A.S. China serta kalangan pedagang A.S. sedia berusaha menjalin hubungan ekonomi dan perdagangan yang lebih stabil dan kuat antara kedua-dua negara.
|