Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-22 15:22:15    
China Harus Ubah Cara Pertumbuhan Ekonomi

Harian Renmin Ribao
Menurut Berita Harian Renminribao China, Menteri Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China Ma Kai semalam di Beijing menyatakan bahawa China harus mengubah cara pertumbuhan ekonomi dengan cepat.

Ma Kai berkata, perkembangan ekonomi China sudah mencapai kejayaan yang cemerlang, tetapi dilihat pada asasnya, China masih belum mengubah cara pertumbuhan ekonomi dengan kos tinggi, pencemaran serius dan efisensi rendah.

Beliau berkata, dalam proses pertumbuhan ekonomi yang cepat, banyak sumber tenaga di China digunakan dan keadaan pencemaran sangat serius. Selain itu, struktur ekonomi China tidak rasional. Oleh itu, melaksanakan cara pertumbuhan ekonomi yang sesuai sangat penting bagi China.