Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-22 10:25:28    
Barisan Nasional Menang Pilihan Raya Umum ke-11 Malaysia

CRI

Wartawan CRI melaporkan bahawa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Abdul Rashid telah mengumumkan pada subuh 22 Mac bahawa dalam pilihan raya umum ke-11 Malaysia, Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO memperoleh lebih 2/3 kerusi Parlimen dan memenangi pilihan raya kali ini.

Selain itu, Barisan Nasional memperoleh semula kemenangan dalam pilihan raya kerusi Parlimen Negeri Trengganu.

Perdana Menteri Malaysia yang juga Pengerusi Barisan Nasional Abdullah Ahmad Badawi setelah mencapai kemenangan dalam pilihan raya, berkata kepada pemberita bahawa beliau berpuas hati tentang kemenangan yang dicapai oleh Barisan Nasional dan menuntut ahli Parlimen yang menang bekerja lebih gigih untuk membalas kepercayaan pengundi. Tambah beliau, beliau akan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada 22 Mac dan akan membentuk Kabinet sekarang.