Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-22 15:27:24    
Barisan Nasional Malaysia Menang lagi Pilihan Raya

CRI
Wartawan CRI melaporkan bahawa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Abdul Rashid mengumumkan semalam bahawa Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO menang lebih 2/3 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke-11 Malaysia, dan mencapai kemenangan sekali lagi. Serentak itu, Barisan Nasional memperolehi semula hak berkuasa setelah mencapai kemenangan dalam pilihan raya Parlimen Negeri Terengganu.

Kali ini, pilihan raya kerusi Parlimen Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri diadakan pada masa yang sama, dan Barisan Nasional yang berkuasa yang diketuai oleh UMNO serta 9 buah parti pembangkang menyertai pilihan raya tersebut. Seramai lebih 15 ribu calon bertanding untuk 219 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Dalam pilihan raya umum ke-10 Malaysia yang diadakan pada tahun 1999, walaupun Barisan Nasional yang berkuasa mencapai kemenangan, tetapi parti pembangkang—Parti Islam Setanah Melayu (PAS) dengan jumlah undi majoriti berkuasa di negeri Kelantan dan negeri Terengganu. Pada penghujung bulan Oktober tahun 2003, Dato' Seri Dr. Mahathir yang menyandang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun meletakkan jawatannya, dan Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri ke-5 Malaysia. Pilihan raya kali ini dianggap sebagai ujian penting bagi Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi serta keupayaan Barisan Nasional yang diketuainya. Akhirnya, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan Barisan Nasional mencapai kejayaan yang lebih besar daripada yang dicapai dalam pilihan raya yang lalu, dan memperoleh semula kuasa untuk memerintah di negeri Terengganu. Kejayaan itu meningkatkan kewibawaan Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan Barisan Nasional.

Terdapat beberapa faktor menyebabkan Barisan Nasional menang pilihan raya kali ini, iaitu:

Pertama, Barisan Nasional mencapai kejayaan politik yang besar. Pada puluhan tahun lalu, status negara Malaysia ditingkatkan dan kehidupan rakyat diperbaiki pada umumnya. Kerana melaksanakan dasar ekonomi yang betul, Malaysia berjaya secara menyeluruh mengembangkan ekonomi dan secara besar-besaran menurun kadar kemiskinan rakyat. Pada tahun 1997, ekonomi Malaysia terjejas akibat kegawatan kewangan Asia. Kerajaan Malaysia dengan cepat menyusun semula dasar ekonominya, meningkatkan keperluan dalam negeri dan mempercepat langkah pembangunan semula. Kerajaan Malaysia juga menetapkan Sasaran 2020 yang bertujuan menjadikan Malaysia berkembang menjadi negara maju pada tahun 2020.

Kedua, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi berjaya mencipta syarat yang berfaedah bagi Barisan Nasional memenangi pilihan raya. Beliau dengan lancar mengambil alih kuasa dari bekas Perdana Menteri Dato' Seri Dr Mahathir dan mempertahankan kestabilan politik dan kestabilan masyarakat Malaysia. Setelah menyandang jawatan, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dengan tegas membanteras rasuah dalam kerajaan dan berusaha membangunkan kerajaan yang bersih dan dipercayai oleh rakyat.

Ketiga, Barisan Nasional melakukan persiapan yang baik untuk pilihan raya.

Pendapat umum berpendapat kemenangan yang dicapai oleh Barisan Nasional kali ini mencerminkan dasar yang dilaksanakannya mendapat sokongan rakyat. Barisan Nasional terus berkuasa menjamin pelbagai dasar Malaysia sekarang dapat terus dilaksanakan dan berfaedah bagi kestabilan dan perkembangan negara itu.