Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-23 10:25:21    
Pengenalan tentang Pasukan Pengibar Bendera Kebangsaan China yang Ditempatkan di Lapangan Tiananmen Beijing

CRI
Pada 1 Oktober tahun 1949, di Lapangan Tiananmen, Bandar Beijing, bendera kebangsaan China baru dikibarkan diringi irama 'March Tentera Berani'—lagu kebangsaan Republik Rakyat China.

Pada setiap subuh, upacara tetap diadakan di Lapangan Tiananmen: 36 askar Pasukan Pengibar Bendera Kebangsaan yang berpakaian seragam menjaga bendera kebangsaan, berkawat langkah melintasi Jambatan Jinshui dan Jalan Changan, diiringi irama Lagu Tentera dengan 138 langkah sehingga tiba di bawah Tiang Bendera Kebangsaan yang terletak di bahagian utara Lapangan Tiananmen. Kemudian, pengibar bendera akan memasang bendera kebangsaan China yang panjangnya 5 meter dan lebarnya 3.3 meter dengan peralatan yang berfungsi untuk menaikkan dan menurunkan bendera. Pada hari perayaan yang penting dan pada 1, 11 serta 21, setiap bulan, seramai 60 orang askar Pasukan Pancaragan Tentera akan memainkan lagu kebangsaan China.

Pada setiap hari, ramai pengunjung berkumpul di Lapangan Tiananmen untuk menonton upacara menaikkan bendera kebangsaan China. Sui Yongyu, seorang budak lelaki yang berumur 6 tahun yang dilahir di Beijing pernah mengikuti ibu bapanya menonton upacara tersebut. Dia berkata, "Saya bangga sebagai rakyat China. Saya cemburu terhadap askar yang menaikkan bendera, dan ingin menjadi seorang askar pengibar bendera kebangsaan pada suatu hari nanti".

Encik Liu Jianguang, Ketua Pasukan Pengibar Bendera Kebangsaan China memaklumkan kepada wartawan CRI, "Jika ingin menjadi seorang askar pengibar bendera kebangsaan, dia mesti lulus 3 ujian. Pertama, ujian berdiri, kedua, ujian memegang senapang, dan ketiga, ujian berkawat. Hanya mereka yang lulus dalam latihan, baru dapat menjadi seorang askar pengibar bendera kebangsaan."

Encik Wu Meng yang berasal dari Provinsi Anhui, bahagian selatan China, telah ditugaskan sebagai pengibar bendera selama lebih 2 tahun. Beliau merupakan askar yang unggul yang dipilih dari seramai lebih seribu askar baru. Beliau berkata kpd wartawan, "Setiap hari, kami berlatih selama lebih 3 jam, dan boleh berehat sekali. Sewaktu berlatih, saya memang berasa letih, tetapi sudah biasa. Saya berasa bangga sekali setelah mendapat tugas ini".

Encik Jia Wei, seorang Askar Pengibar Bendera Kebangsaan China berkata kepada wartawan, "Kehidupan kami berwarna-warni, para askar suka menyanyi, dan juga selalu tukar-menukar buku yang bermutu untuk dibaca, khususnya mempelajari pengetahuan yang berfaedah bagi kami pada masa akan datang".

Encik Gong Qiwei, seorang Askar Pengibar Bendera Kebangsaan yang berasal dari Provinsi Hebei, bahagian utara China, sudah berkhidmat selama 5 tahun, dan akan meninggalkan Pasukan Pengibar Bendera Kebangsaan. Menyentuh kehidupan pada masa depan, beliau penuh keyakinan, "Saya akan menamatkan tempoh perkhidmatan dalam pasukan tentera, dan merancang pulang ke kampung halaman untuk mencari kerja, mungkin, membuka syarikat sendiri. Saya belajar banyak perkara semasa dalam tempoh perkhidmatan dalam Pasukan Pengibar Bendera Kebangsaan."

----AZMI