Berdasarkan maklumat Kementerian Keselamatan Awam China baru-baru ini, sejak tindakan diambil untuk memberi kemudahan kepada warga China memohon untuk mendapat pasport dengan menunjukkan kad pengenalan dan buku daftar penduduk pada bulan Ogos tahun 2003, tindakan itu telah dilaksanakan di lebih 120 bandar di China. Menurut maklumat, pada tahun 2005, tindakan ini akan dilaksanakan di seluruh negara agar lebih ramai warga China menikmati perkhidmatan yang cekap itu.
Pada masa dahulu, prosedur amat rumit semasa penduduk China menguruskan pasport. Semasa menguruskan pasport, penduduk China selain harus mengemukakan pendapat badan berkhidmat atau badan keselamatan awam, tetapi juga harus menyediakandata jaminan tempatan atau luar negara tentang alasannya ke luar negara. Seiring dengan hubungan China dengan luar negara menjadi semakin kerap, tindakan seumpama ini semakin tidak bersesuaian dengan keadaan yang nyata. Untuk menyederhanakan prosedur, Kementerian Keselamatan Awam China mengambil tindakan yang lazim di arena antarabangsa, mengeluarkan tindakan untuk memudahkan penduduk China menguruskan pasport dengan keperluan sendiri.
Untuk melaksanakan dengan bersungguh-sungguh tindakan tersebut, kerja percubaan telah dilaksanakan oleh Kementerian Keselamatan Awam China di beberapa bandar terlebih dahulu, kemudian tindakan tersebut dilaksanakan di seluruh negara pada bulan Ogus tahun 2003. Setakat ini, penduduk di 125 buah bandar China boleh memohon untuk mendapatkan pasport.
Naib Menteri Keselamatan Awam China Encik Bai Jingfu menyatakan, "Tindakan itu mencerminkan permintaan para penduduk yang berkaitan erat dengan kepentingan mereka. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan tindakan tersebut mendapat sambutan."
Untuk menjamin pelaksanaan dengan lancar tindakan itu, tiga sistem pengurusan komputer telah dibentuk oleh badan kesealmatan awam pelbagai tampat China termasuk sistem memaklumkan data tentang orang yang tidak dibenarkan ke luar negara, sistem memaklumkan data tentang pegawai pengurusan khas dalam badan kewangan, cukai kewangan dan badan kerajaan milik negara yang harus mengemukakan bukti semasa ke luar negara dan sistem net jaringan maklumat penduduk. Pembentukan ketiga-tiga sistem tersebut boleh menjamin warga China menguruskan prosedur ke luar negara dengan lancar.
Sejak tindakan itu dilaksanakan, orang yang menguruskan passport, pada amnya, hanya memerlukan 10 hari sahaja, bertambah pula tindakan pembaharuan seperti hantaran segera dan permohonan melalui laman wab, warga China benar-benar merasakan pengurusan pasport menjadi satu perkara yang mudah.
Tindakan yang pasport dimohon dengan keperluan sendiri telah dilaksanakan di 6 buah bandar termasuk Zhengzhou ibu kota di Provinsi Henan, provinsi yang penduduknya ramai di bahagian tengah China. Menurut pegawai Biro Keselamatan Awam Bandar Zhengzhou, Puan Liu Meng memaklumkan, "Tindakan yang pasport dimohon dengan keperluan sendiri mula dilaksanakan oleh Biro Keselamatan Awam Bandar Zhengzhou pada 10 Disember tahun 2003. Kami telah melaksanakan sejumlah besar kerja pesiapan untuk mengambil tindakan itu, misalnya menubuhkan pusat pengursan pasport di pinggir bandar seperti Xingyang. Sejak tindakan itu dilaksanakan, kami telah menguruskan prosedur ke luar negara bagi lebih 5200 orang."
----Ching
|