Wartawan CRI melaporkan bahawa oleh sebab kes kebarangkalian selesema burung dikesan di Belanda baru baru ini, Biro Am Pengawasan Pemeriksaan dan Kuarantin Mutu Negara China menyatakan bahawa arahan melarang mengimport burung dan barangan produk burung dari Belanda yang dikeluarkan pada tahun lalu tidak dibatalkan setakat ini.
Pada Mei tahun lalu, kerana wabak selesema burung berlaku di Belanda, Biro Am Pengawasan Pemeriksaan dan Kuarantin Mutu Negara China dan Kementerian Pertanian China telah mengeluarkan arahan menghalang mengimport burung dan barangan produk burung dari Belanda.
|