Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-24 17:52:35    
Perusahaan Minyak China Masuki Pasaran Simpanan Minyak Antarabangsa

Harian Renmin Ribao
Menurut Harian Renminribao China, Syarikat Minyak Penerbangan China Berhad dan Syarikat Minyak Negara Amiriah Arab Bersatu semalam di Singapura menandatangani dokumen untuk mengadakan kerjasama secara rasmi, ini menandakan perusahaan minyak China dengan pertama kali menceburkan diri dalam urusan simpanan minyak di kawasan Timur-Tengah.

Dimaklumkan, Syarikat Minyak Penerbangan China Berhad akan membeli 20% saham di kawasan simpanan minyak Dubai yang dimiliki oleh sebuah anak syarikat Syarikat Minyak Negara Amiriah Arab Bersatu, kedua-dua pihak juga akan menubuhkan syarikat usaha sama untuk membina kawasan simpanan minyak di Singapura, diberitakan lagi, projek yang diusahakan oleh kedua-dua pihak tersebut akan melibatkan peruntukan sebanyak 135 juta Dolar Amerika.

Ketua Pengarah Ekskutif Syarikat Minyak Penerbangan China Berhad, Chen Jiulin menyatakan bahawa kerjasama ini akan menubuhkan terminal minyak di Singapura yang akan menjadi pusat urus niaga minyak China di Asia, ini memainkan peranan penting bagi mengatasi masalah kekurangan minyak di China.