|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Negara China semalam, keuntungan yang dicapai oleh perusahaan industri China mengekalkan trend peningkatkan yang besar semenjak tahun lalu. Keuntungan yang dicapai oleh perusahaan industri besar mencatat lebih 140 bilion Yuan Renminbi, meningkat lebih 38% berbanding tempoh yang sama tahun yang lalu.
Berdasarkan statistik itu, industri kimia, industri pengeluaran bahan galian bukan logam, industri pemprosesan minyak dan bahan bakar nuklear serta industri perlombongan arang batu di China telah mencapai keuntungan yang besar pada dua bulan pertama tahun ini. Selain itu, pendapatan penjualan produk perusahaan China juga meningkat dengan pesat.
|