Wartawan CRI melaporkan bahawa Menteri Pendidikan China, Zhou Ji menyatakan di Beijing hari ini bahawa kerajaan China akan menambah peruntukan pendidikan ke kawasan desa untuk meningkatkan taraf pendidikan wajib.
Zhou Ji dalam sidang akhbar yang diadakan pada hari ini berkata, membangunkan pendidikan desa akan menggalakkan perkembangan masyarakat yang seimbang. China telah memulakan Rancangan Pembangunan Pendidikan baru, berdasarkan rancangan itu, menjelang tahun 2007, peruntukan pendidikan akan mencapai 4% KNDK China berbanding 3.4% sekarang, tambahan peruntukan itu terutamanya untuk membiaya pembangunan pendidikan di desa.
Selain itu, Zhou Ji menyatakan bahawa China merancang membasmi buta hurut dikalangan belia di kawasan barat menjelang tahun 2007.
|