Menurut berita CRI, Naib Menteri Jabatan Pentadbiran Perlindungan Alam Sekitar Negara China, Zhu Guangyao dalam sidang akhbar hari ini menyatakan bahawa China akan mengintensifkan usaha melindungi alam sekitar di kawasan desa.
Menurut beliau, kerajaan China akan mengambil pelbagai tindakan demi tujuan tersebut pada tahun ini, antaranya dalam tempoh 5 hingga 10 tahun kerajaan akan menyelesaikan masalah besar dalam perlindungan alam sekitar di kawasan desa, terus giat menubuhkan kawasan ekologi contoh di kawasan desa, meningkatkan perlindungan alam sekitar di kawasan kebun sayur-sayuran dan menyempurnakan undang-undang yang berkaitan.
|