Wartawan CRI melaporkan, Naib Menteri Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Negara China, Zhu Guangyao mendedahkan di Beijing hari ini bahawa tahap keselamatan reactor nuklear China sekarang adalah selamat.
Dalam majlis taklimat Pejabat Penerangan Dewan Negara China, Zhu Guangyao berkata, setakat ini, kebocoran sinaran radioaktif yang serius tidak pernah berlaku di China. Memandang hasil pengawasan yang rapi, masalah sinaran radioaktif, udara, air dan air pencemaran bawah tanah di China tidak berlaku dan keadaan alam semula jadi pada asasnya terpelihara.
Pegawai itu menyatakan, seiring dengan perkembangan nuklear China, masalah keselamatan memang ada. Kerajaan China sedang memantau tahap keselamatan reactor nuklearnya melalui peningkatan kawalan dan penyempurnaan system keselamatan.
|