Wartawan CRI melaporkan bahawa Jabatan Pentadbiran Perlindungan Alam Sekitar negara China hari ini mengumumkan keadaan kualiti alam sekitar China pada tahun 2003 tidak banyak berubah berbanding tahun 2002, masalah pencemaran tetap serius.
Statistik itu menunjukan bahawa pada tahun 2003, kualiti udara lebih 40% kota di China telah mencapai standard negara maju; kawasan hujan asid stabil dan sebahagian kawasan pencemaran bertambah serius; kualiti air hampir sama seperti tahun 2002; pencemaran bunyi bising di kota dikawal pada asasnya.
|