Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-26 14:27:16    
Penduduk Shanghai Beli Rumah Melalui Pinjaman Bank

cri
Setiap keluarga yang tinggal di bandar China berhasrat memiliki rumah baik. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kebanyakan penduduk China telah membeli rumah melalui pinjaman bank. Kebanyakan orang sukar untuk membeli rumah disebabkan prosedur yang rumit. Oleh itu, sistem pinjaman kerajaan Shanghai ditetapkan untuk memudahkan prosedur yang rumit itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kebanyakan penduduk Shanghai berkemampuan untuk membeli rumah.

Puan Xu berasal dari bandar Shanghai. Beliau berusaha untuk membeli rumah selepas lulus dari Universiti. Beliau berkata bahawa saya pasti akan membeli rumah selepas berkahwin. Akan tetapi, saya merasa agak sukar kerana prosedur yang rumit.

Dimaklumkan bahawa permohonan pinjaman untuk membeli rumah memerlukan banyak dokumen yang perlu diserahkan kepada pihak Bank Perdagangan China. Permohonan pinjaman itu akan diuruskan selama 2 hingga 3 bulan. Ini mempengaruhi keperluan rakyat China untuk membeli rumah dan menimbulkan kesukaran yang besar kepada mereka yang ingin membeli rumah. Ahli ekonomi berpendapat bahawa punca utama kesukaran pinjaman perumahan diluluskan kearna masih belum ada sistem kawalan kredit orang perseorangan di seluruh negara. Pelaksanaan sistem kredit orang perseorangan China tidak sempurna pada masa yang lalu dan tanpa rekod pinjaman dan bayaran balik orang perseorangan dipelbagai institusi kewangan di China. Oleh itu, Bank Perdagangan China telah menetapkan prosedur bagi mengatasi risiko pinjaman tidak berbayar dan memelihara kepentingan pihak bank sendiri.

Pelaksanaan sistem pinjaman orang perseorangan di Shanghai paling cepat di China sekarang. Kebanyakan bank perdagangan Shanghai menyediakan pinjaman bank kepada penduduk China. Demi menyelesaikan prosedur yang rumit ini, kerajaan Shanghai pada tahun 2000 menetapkan sistem kredit perseorangan. Syarikat Kredit Shanghai, sebuah badan kawalan kredit yang ditubuhkan oleh tiga pihak untuk mengumpulkan rekod pinjaman dan bayaran balik orang perseorangan penduduk bandar Shanghai.

Naib Pengurus Syarikat Kredit Shanghai Encik Zhou Weidong berkata bahawa rekod kredit orang perseorangan itu meliputi nama peminjam, tempoh pinjaman dan keadaan bayaran pinjaman dari bank perdagangan yang mempunyai perkhidmatan kredit perseorangan telah dikumpulkan ke dalam pangkalan data syarikat kami.

Dimaklumkan bahawa beberapa juta orang penduduk Shanghai mempunyai rekod pinjaman bank dan dikumpulkan oleh syarikat tersebut. Laporan penilaian bayaran kredit orang perseorangan direkodkan dalam pengkalan data itu. Data tersebut termasuk maklumat peribadi peminjam, keadaan bayaran kredit kepada bank, alamat peminjam dan penjamin dan lain-lain.

Selepas sistem kredit ditetapkan, pelbagai Bank Perdagangan Shanghai dapat mencari laporan bayaran kredit orang perseorangan dari pangkalan data itu selama beberapa saat sahaja. Menurut maklumat tersebut, bank dapat mengetahui status peminjam, bayaran kredit atau jumlah pinjaman berdasarkan tuntutan risiko yang berlainan.

Dimaklumkan bahawa jumlah kredit orang perseorangan di Shanghai bertambah dengan banyak selepas sistem kredit orang perseorangan ditetapkan pada tahun 2000. Pada separuh tahun pertama tahun ini, jumlah kredit orang perseorangan yang diluluskan oleh pelbagai bank perdagangan Shanghai mencatat lebih 130 bilion yuan Renminbi dan menenpati lebih 12% daripada jumlah keseluruhan kredit dan menduduki tempat terdepan di dalam negara dan lebih tinggi 13% daripada taraf perkapita seluruh negara. Puan Xu berkata bahawa prosedur kredit membeli rumah dilakukan dengan lebih mudah. Saya bercadang membeli rumah yang seluas kira-kira 90 meter persegi selepas berkahwin. Saya akan membeli rumah yang lebih mewah daripada sekarang.