Wartawan CRI melaporkan bahawa Sidang Antarabangsa Matlamat Pembangunan Alaf PBB yang dianjurkan oleh kerajaan China dan badan PBB di China hari ini terus membincangkan pelbagai topik, termasuk kesihatan dan pembangunan, mencegah penyakit AIDS, matlamat pembangunan Alaf dan menjamin pembangunan berterusan perlindungan alam sekitar.
Sidang itu semalam telah mengumumkan Laporan Keadaan Pelaksanaan Sasaran Pembangunan Alaf China dan menekankan pentingnya masalah wanita, keadaan alam sekitar dan penyakit AIDS diberi tumpuan utama oleh kerajaan China.
|