|
Setelah Beijing mendapat hak menganjurkan Sukan Olimpik tahun 2008 pada 13 Julai 2001, menurut peraturan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Antarabangsa, Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Beijing sudah ditubuhkan pada penghujung tahun lepas. Sebagai Penolong Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Beijing, Encik Tu Mingde dengan gembira berkata, "Persiapan menganjurkan Sukan Olimpik Beijing dalam tempoh 2 tahun ini telah dijalankan berdasarkan rancangan menyeluruh Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Antarabangsa dan dilaksanakan dengan lancar. Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Antarabangsa memuji persiapan kami sangat bersungguh-sungguh, cepat dan profesional."
Beliau telah menceritakan 8 aspek keadaan persiapan menganjurkan Sukan Olimpik Beijing iaitu, pembinaan stadium, pemasaran dan urusan tajaan, pertandingan, perkhidmatan logistik, penerangan, tindakan kecemasan, jaminan keselamatan dan perkhidmatan sukarelawan. Persiapan menganjurkan Sukan Olimpik dibahagikan kepada 3 peringkat, pada tahun 2001 sehingga tahun 2003 ialah peringkat persiapan, tahun 2004 hingga tahun 2006 ialah peringkat pembinaan, tahun 2007 dan 2008 ialah peringkat percubaan. Peringkat pembinaan stadium merupakan peringkat paling penting. Beliau berkata, "Dalam pelbagai peringkat, pembinaan stadium paling penting. Sekarang sudah terdapat beberapa stadium di Beijing, tetapi masih belum mencukupi. Kita akan membina 11 buah stadium baru, memperbaiki dan memperluas belasan stadium, cara tersebut boleh menjimatkan dana. Ini juga bersesuaian dengan anjuran Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Antarabangsa.
Tu Mingde menyatakan, Sukan Olimpik memerlukan 35 buah stadium, terdapat 5 stadium di luar Bandar Beijing. 4 stadium utama termasuk Stadium Olimpik dan Stadium Negara sudah mulai dibina pada penghujung tahun lalu. Pada penghujung tahun ini, terdapat 8 buah stadium akan mulai dibina, semua projek pembinaan stadium akan dilakukan melalui tender antarabangsa dan mempunyai taraf dunia.
Urusan pemasaran dan mendapat penaja juga sangat penting dalam persiapan menganjurkan Sukan Olimpik. Encik Tu Mingde berkata, "Kami sudah menetapkan rancangan pamasaran dan mendapat penaja, rancangan itu sangat penting, sebahagian kos penyelenggaraan Sukan Olimpik diperoleh melalui pamasaran dan tajaan."
Tu Mingde menegaskan, menganjurkan sukan Olimpik tidak akan membebankan kerajaan dan rakyat Beijing. Dimaklumkan, sehingga sekarang, dana penjualan hak penyiaran sukan Olimpik dan dana daripada penaja Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Antarabangsa sudah diperoleh. Tetapi masih terdapat beberapa perkara belum diselesaikan termasuk logo sukan Olimpik, urus niaga barangan dan cenderamata sukan Olimpik penaja bersama dan lain-lain. Encik Tu Mingde menyatakan, penaja bersama yang baik akan menyediakan jaminan untuk menganjurkan sukan Olimpik itu dengan berjaya.
Persiapan urusan pertandingan juga menjadi tumpuan utama Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing. Tu Deming menyatakan, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik China dan Beijing sedang giat memupuk tenaga pentadbir sukan profesional untuk lebih mudah berhubung dengan pertubuhan sukan antarabangsa agar pengendalian pertandingan sukan Olimpik nanti lebih teratur. Beliau berkata, "Selain bekerjasama dengan Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa, kami juga harus menyelaraskan pelbagai perkara dengan pelbagai pertubuhan sukan antarabangsa, untuk memastikan kejayaan Sukan Olimpik Beijing. Oleh sebab itu, kami memerlukan tenaga pentadbir sukan profesional yang mahir dalam hal-ehwal sukan, pertukaran kepakaran di peringkat antarabangsa dan memastikan mereka fasih bahasa asing."
Persiapan untuk penerangan juga merupakan kerja yang penting bagi Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Beijing. Encik Tu Mingde berkata, "Sukan Olimpik bukan hanya melibatkan bidang sukan sahaja. Kami akan memperkenalkan dasar pembaharuan dan buka pintu dan kejayaan yang dicapai oleh China kepada seluruh dunia melalui sukan Olimpik kali ini."
Akhirnya, Tu Deming mendedahkan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing sedang menetapkan tindakan kecemasan untuk menghadapi peristiwa kecemasan seperti SARS dan selesema burung. Selain itu, jaminan keselamatan dan perkhidmatan sukarelawan juga merupakan agenda yang penting dalam persiapan menganjurkan sukan rakyat.
Sekarang, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing sedang bersungguh-sungguh mengadakan kerjasama persiapan Sukan Olimpik Beijing Tahun 2008. Dipercayai bahawa sukan Olimpik itu akan menjadi sukan Olimpik yang paling berjaya dalam sejarah sukan Olimpik dunia.
----Andika
|