|
Dalam sidang ke-2 Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat ke-10 China, semasa menyentuh tentang urusan kerja diplomatik kerajaan baru China, terdapat ramai Ahli Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China berpendapat, kerajaan baru China lebih pragmatik dalam urusan diplomatik dan telah mencapai banyak kejayaan dalam urusan "meningkatkan hubungan jiran bersahabat dan kerjasama serantau". Mereka menyatakan, hubungan antara China dan negara jiran, khususnya negara anggota ASEAN telah memasuki tahap perkembangan yang baru.
China telah menandatangani "Perjanjian Kerjasama Bersahabat Asia Tenggara" dan menjalin hubungan rakan strategi dengan negara anggota ASEAN menuju ke arah perdamaian dan kemakmuran. China akan menganjurkan Ekspo China-ASEAN pertama di Nanning Guangxi China pada November tahun ini dan mengadakan Sidang Kemuncak Urus niaga dan Pelaburan China-ASEAN pada masa yang sama. Pada penghujung tahun 2002, China telah secara rasmi memulakan kerja persiapan untuk penubuhan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN. Naib Ketua Pengarah Jawatankuasa Hubungan Luar Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China, Zhou Keren berkata, "Sekarang, China dan ASEAN sudah menubuhkan tiga kumpulan kerja tentang peraturan hasil pengeluaran asli, perdagangan perkhidmatan dan pelaburan, rundingan diadakan dengan lancar, kami berharap boleh mengakhiri rundingan berkenaan pada tahun ini menurut jadual yang sudah ditetapkan."
Menurut rancangan penubuhan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN, zon tersebut akan secara rasmi ditubuhkan pada tahun 2010. Pada waktu itu, tenaga profesional, dana, teknologi, barangan dan maklumat boleh beredar dengan bebas di zon tersebut. Walaupun sekarang zon itu masih belum ditubuhkan , tetapi kedua-dua pihak, China dan ASEAN sudah mencapai hasil peringkat awal."
Ahli Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China, Ketua Institut Pengajian Asia-Pasifik Akademi Sains Sosial China Zhang Yunling berkata, "Kenapa dipanggil hasil peringkat awal? Sebabnya sebelum Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN secara rasmi ditubuhkan, untuk mewujudkan kedua-dua pihak boleh mendapat faedah pada peringkat awal, kami mengadakan penyusunan semula dalam bidang yang ASEAN mempunyai kemungkinan besar untuk mendapat keuntungan, misalnya eksport hasil pertanian dan lain-lain."
Contohnya, pada Oktober tahun lalu, China dan Thailand mewujudkan perdagangan tanpa tarif ke atas hampir 600 jenis sayur-sayuran dan buah-buahan. Pada Januari lalu, China dan beberapa negara anggota ASEAN sudah mewujudkan tanpa tarif ke atas beberapa hasil pertanian. Selain itu, China dan ASEAN juga memutuskan secara menyeluruh memulakan pengurangan tarif hasil pertanian mulai tahun 2005.
Jumlah perdagangan antara China dan ASEAN ditingkatkan dengan stabil, jumlah perdagangan pada tahun 2003 antara kedua-dua pihak mencapai lebih 78 bilion Dolar Amerika, meningkat lebih 40% daripada tahun sebelum itu. Sekarang China sudah menjadi rakan perdagangan ke-6 terbesar kepada ASEAN, namun ASEAN juga merupakan rakan perdagangan ke-5 terbesar kepada China.
Pada tahun 2003, terdapat 800 ribu pelancong China melawat ke Thailand, China merupakan negara sumber pelancong terbesar kepada Thailand dan nomber kedua kepada Singapura. Menghadapi peluang perkembangan yang begitu baik, Ahli Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China, Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Pelancongan China Sun Kang menyatakan, kerajaan China dan pelbagai negara anggota ASEAN akan bersama-sama meneroka pasaran pelancongan rantau ini, menyusun semula sumber pelancongan kedua-dua pihak, menyediakan projek pelancongan melangkau negara untuk menarik lebih ramai pelancong antarabangsa. Beliau berkata, "Sekarang, pakej pelancongan di Sungai Lancang-Mekong yang melangkau China, Myanmar, Laos dan Thailand sudah disediakan, pakaj itu boleh mendapat sambutan di pasaran antarabangsa."
Naib Pengerusi Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat Xishuangbanna Provinsi Yunnan China Zheng Peng semasa menyentuh tentang perniagaan telah berkata, "Sempena perayaan Tahun Baru China lalu, oleh sebab lebuh raya dari Bangkok ke Kunming China sudah siap dibina, banyak konvoi dari Thailand, Myanmar, Laos, Vietnam, Singapura dan Malaysia masuk Xishuangbanna, tempat itu sudah menjadi pusat perniagaan dan pintu utama masuk ke China."
Pada November akan datang, Ekspo China-ASEAN pertama yang melibatkan bidang perdagangan, pelaburan, pelancongan dan kebudayaan akan diadakan di Nanning China, Naib Pengerusi Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China Yu Shuxia telah mencerita tentang ekspo tersebut. "Ekspo itu melibatkan 5 aspek, iaitu perdagangan barang, perdagangan perkhidmatan, kerjasama pelaburan, forum peringkat tinggi dan pertukaran kebudayaan." Beliau juga menyatakan, kerja persiapan ekspo tersebut sedang dilaksanakan dengan teratur.
Saudara pendengar, China dan ASEAN mengembangkan hubungan persahabatan bersesuaian dengan kepentingan bersama rakyat kedua-dua pihak dan juga menunjukkan pedomen hubungan luar yang pragmatik kerajaan baru China. Dalam laporan kerja kerajaan yang disampaikan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao pada 5 Mac lalu, beliau telah menegaskan, "Kita mesti mempertahankan pedomen bersahabat dengan negara jiran, menjadikan negara jiran sebagai sahabat, meningkatkan kerjasama bersahabat dengan negara jiran, memelihara perdamaian dan kestabilan rantau ini."
Dengan panduan pedomen tersebut, hubungan China dan pelbagai negara anggota ASEAN akan lebih erat dan kerjasama antara satu sama lain akan lebih mendalam.
----Andika
|