Menurut akhbar Beijing Chenbao, wartawan dimaklumkan semalam bahawa Satelit Kaji Cuaca Feng Yun III China akan dilancarkan pada tahun 2006.
Difahamkan, selepas melancarkan dengan berjaya Satelit Kaji Cuaca Feng Yun I, Feng Yun II, China tetap menduduki tempat depan dalam bidang mengawas persekitaran cuara antarabangsa. Pakar berkata, selain A.S. dan Rusia, China merupakan negara ketiga di dunia yang berkemampuan menyelidik dan mengeluarkan dua jenis satelit kaji cuaca, serentak itu China telah menubuhkan sistem pengkajian cuaca yang lengkap.
Pakar memperkenalkan bahawa Satelit Kaji Cuaca Feng Yun III terutamanya akan menjalankan ramalan cuaca serta mengawasi ekologi alam sekitar dan bencana, ia juga boleh menyediakan perkhidmatan profesional kepada penerbangan dan perkapalan.
|