Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-28 15:58:04    
Permintaan dan Pembekalan Pasar Sumber Tenaga China Dijangka Seimbang pada Tahun Ini

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, baru baru ini, laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan China menganalisis bahawa permintaan petrolum dan arang batu China pada tahun 2004 tetap banyak, pembekalan seimbang dengan permintaan itu, akan tetapi pembekalan kekurangan juga mungkin berlaku kerana terpengaruh masalah termasuk musim dan pengangkutan.

Laporan itu menjangka penggunaan minyak mentah China akan mencapai 270 juta tan, jumlah import akan melebihi 100 juta tan pada tahun 2004. Dimaklumkan, permintaan petrolum China pada tahun 2003 bertambah lebih 11% supaya China menjadi negara kedua yang paling banyak mengimport petrolum di dunia.

Laporan itu juga menjangka bahawa harga arang batu China pada tahun ini akan terus mengekalkan trend naik sejak penghujung tahun lalu.