Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-28 16:06:18    
Wen Jiabao Menuntut Kawasan Timur China Cepatkan Pembangunan

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, baru-baru ini, Perdana Menteri China, Wen Jiabao ketika meninjau provinsi Jiangsu, kawasan timur China menyatakan bahawa mempercepatkan pembangunan kawasan timur merupakan konpenen penting strategi pembangunan modenisasi China.

Kawasan timur merupakan kawasan ekonomi berkembang pesat di China dan juga kawasan mengeluarkan bahan makanan yang utama di China. Ketika membicarakan perkara mempercepat pembangunan kawasan timur, Wen Jiabao menyatakan bahawa kawasan timur mesti lebih mementingkan kualiti dan efisensi pembangunan ekonomi; mementingkan penyelarasan pembangunan desa dan kota; meneruskan pembaharuan perusahaan milik negara; mementingkan perkembangan pendidikan, kebudayaan dan usaha kesihatan; mementingkan perlindungan dan pembangunan ekologi alam sekitar.

Ketika membicarakan pengeluaran bahan makanan, Wen Jiabao menegaskan bahawa mesti mengambil tindakan berkesan untuk memelihara dan meningkatkan daya pengeluaran bahan makanan.