Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-28 19:04:41    
China Akan Berusaha Wujudkan Keseimbangan Permintaan dan Pembekalan Arang Batu Elektrik dan Petrolum

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, Naib Perdana Menteri China, Huang Ju ketika meninjau provinsi Hu Nan China menuntut pelbagai tempat dan badan berkenaan mesti memerhatikan perubahan permintaan dan pembekalan barangan yang berkaitan dengan ekonomi negara termasuk arang batu, elektrik dan petrolum, mengambil tindakan pengawalan segera, berusaha mewujudkan keseimbangan permintaan dan pembekalan barangan tersebut.

Huang Ju menyatakan bahawa sejak tahun ini, oleh sebab beberapa sektor berkembang terlalu cepat, pembekalan arang batu, elektrik dan petrolum China semakin kurang, harga sebahagian bahan mentah naik dengan banyak. Beliau menyatakan, China akan mempercepat pembinaan pangkalan arang batu besar dan jaringan elektrik, mempercepat pencari-galian sumber penting termasuk minyak mentah dan perkembangan pengangkutan.

Baru baru ini, laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan menganalisis bahawa permintaan petrolum dan arang batu China pada tahun ini tetap banyak, pembekalan seimbang dengan permintaan, akan tetapi pembekalan kekurangan juga mungkin berlaku kerana terpengaruh masalah termasuk musim dan pengangkutan.