|
Menurut berita CRI: Projek pembinaan saluran gas asli dari bahagian barat China ke bahagian timur telah mula dilaksanakan di lembah Talimu Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China dan dijangka akan selesai dibina pada penghujung tahun ini.
Projek itu terdiri daripada 4 lombong gas asli di kawasan Talimu Xinjiang. China merancang menyelesaikan pembinaan semua lombong tersebut pada penghujung bulan Disember tahun ini dan seluruh pembinaan saluran gas asli dari bahagian barat China ke bahagian timur selesai dibina pada 1 Januari tahun 2005.
|