Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-29 17:39:48    
Penyelidikan Kaji Cuaca Berkembang dengan Pesat di Guangdong

CRI
Penyelidikan kaji cuaca merupakan usaha kebajikan am yang melibatkan faktor sains dan teknologi tinggi pada zaman moden, dan memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi nasional.

Provinis Guangdong yang terletak di kawasan garis lintang rendah di bahagian tenggara China, berhadapan dengan Laut China Selatan, musim panasnya panjang, musim sejuknya pendek atau boleh dikatakan tidak mempunyai musim sejuk, kadar hujan tahunannya berjumlah 1,300 hingga 2,500 milimeter iaitu selepas Provinsi Taiwan menduduki tempat kedua di China. Provinsi Guangdong mempunyai sumber bekalan air yang kaya, tetapi kerana dipengaruhi oleh tiupan angin monsun, taufan, dan faktor topografi, Provinsi Guangdong selalu mengalami bencana alam dalam tempoh sepanjang tahun antaranya banjir, kemarau, suhu rendah, dan angin kencang. Di China, Guangdong sudah menjadi salah satu provinsi yang paling kerap dan paling serius mengalami bencana alam.

Encik Xiao Yongbiao, Jurutera Kanan Biro Kaji Cuaca Provinsi Guangdong memaklumkan kepada wartawan CRI, "Bencana alam yang dialami oleh Gungdong agak banyak, sewaktu musim bunga, kami mengalami hujan gerimis yang sejuk; sewaktu musim panas, berlaku taufan dan hujan lebat; sewaktu musim gugur, kemarau pula terjadi. Provinsi Guangdong terletak di kawasan garis lintang rendah sehingga menghadapi kesukaran yang agak besar dalam penyelidikan kaji cuaca, dan tidak seperti di kawasan garis lintang tengah dan tinggi yang agak mudah dijalankan kaji cuaca. Pendek kata, kami mempertahankan panduan 'Bersungguh-sungguh Melaksanakan Tugas Sepanjang Tahun'".

Berdasarkan statistik Kumpulan Penyelidik Bencana Alam Serius Kebangsaan China, antara 44 jenis bencana alam utama, Guangdong mempunyai 40 jenis, dan boleh dikatakan mempunyai hampir semua bencana alam. Yang paling kerap berlaku ialah hujan lebat, banjir, kemarau dan air pasang besar. Akibat bencana alam tersebut juga agak serius.

Bahagian kaji cuaca Guangdong memainkan peranan utama dalam kerja mencegah dan mengurangkan bencana alam. Menurut statistik bahawa pada tahun 1990, keuntungan yang capai kerana perkhidmatan kaji cuaca berjumlah 350 juta yuan RMB, manakala pada tahun 2002, jumlah tersebut telah meningkat 3.49 bilion yuan RMB, dan nisbah peruntukan dengan keuntungan yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam bidang kaji cuaca mencatat 1: 40.

Dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini, sebanyak 78 kali ribut taufan melanda Guangdong. Kerana bahagian kaji cuaca menyediakan maklumat dan perkhidmatan ramalan cuaca yang betul dan tepat pada waktunya, Guangdong berjaya mengurangkan kerugian yang besar. Program ramalan cuaca yang disediakan oleh bahagian kaji cauca yang disiarkan melalui Stesen TV Guangdong dan Stesen TV Bandar Guangzhou berjumlah 14 buah. Untuk memenuhi keperluan rakyat, bahagian kajian cuaca Guangdong juga menyediakan lebih 70 jenis ramalan cuaca dan perkhidmatan.. Misalnya, pada beberapa tahun kebelakangan ini, bahagian kaji cuaca Guangdong pernah menyediakan perkhidmatan yang baik dalam pelbagai aktiviti, contohnya semasa Majlis Penyerahan Semula Hong Kong dan Makau kepada China , Sukan Negara China ke-9, pelaksanaan projek Landasan Kerata Api Beijing—Kawloon, Lebuh Raya Ekspres Guangzhou—Meixian—Shantou dan Logijana Kuasa Tenaga Nuklear Dayawan.

Ketika memperkatakan tumpuan kerja Biro Kaji Cuaca Provinsi Guangdong, jurutera kanan Xiao Yongbiao berkata, "Kerajaan Provinis Guangdong telah memperuntukkan 200 juta yuan RMB untuk membina 3 sistem, pertama, sistem pusat automatik. Kami sedang membina jaringan penyelidikan yang mempunyai pusat automatik di setiap 20 kilometer yang bertaraf maju di negara China; kedua, sistem jaringan radar. Radar yang digunakan oleh kami sekarang dikenali sebagai sistem jaringan radar "Minshida", taraf teknologinya hampir sama dengan taraf teknologi radar A.S, kami sudah selesai membina 4 buah di Bandar Gaungzhou, Yangjiang, Meizhou dan Shaoguan, dan membina 2 lagi di Bandar Shantou dan Zhanjiang yang akan diselesaikan pembinaannya sebelum tahun 2004; Ketiga, sistem komputer teknologi tinggi, yang digunakan oleh kami dinamakan 'Sistem Shuguang 300', kelajuan bacaannya 241 kali/saat, dan matlamat kami ialah 10,000 kali/saat."

Encik Xiao Yongbiao berasa bangga sekali, sambil berkata kepada wartawan CRI bahawa sistem penyelidikan kajian cuaca yang sedang dibina di Provinsi Guangdong telal mencapai taraf yang paling maju di dunia. Beliau berkata, "Berdasarkan sistem ini, kami pada asasnya dapat meramalkan keadaan cuaca di setiap titik dan garis, taraf kami sekarang mencapai lingkungan seluas 14 kilometer persegi, dan matlamat kami adalah meningkatkannya ke lingkungan seluas 2 kilometer persegi.

----AZMI