Terdapat sebuah lagu yang agak popular di China, ia bererti "Kau Tengak, kau lihat, muka bulan bering berubah-ubah". Tapi hari ini kami akan menceritakan kereta api bawah tanah Beijing yang mengalami perubahan dengan cepat. Sewaktu mewawancara di stesen kereta api bawah tanah Beijing, wartawan CRI mendapati banyak perubahan yang dialaminya yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan teliti. Sekarang kami satu demi satu menceritakan perubahan tersebut.
Papan tujunk dibina di sepanjang landasan dari tempat masuk ke tempat keluar. Papan tunjuk yang lebih besar yang setinggi hampir 2 meter yang mengandungi peta Bandar Beijing dan peta kawasan sekitar dibina di bahagian tengah di setiap perhentian. Isi kandungannya agak lengkap dan amat memudahkan penumpang. Di atas dinding di sebelah landasan kereta api, ditempel banyak tanda berwarna yang menunjukkan nama perhentian sekarang, perhentian sebelumnya dan perhentian depan sehingga penumpang tidak menaiki kereta api yang sebaliknya. Setiap tempat masuk dan keluar telah diganti tanda dahulu iaiu "timur, barat, selatan dan utara" ke tanda sekarang iaitu "A, B, C, D", dengan demikian, perkhidmatannya sesuai dengan kelaziman antarabangsa dan juga bersiap untuk akan membina lebih banyak pintu keluar di perhentian yang baru.
Encik Zhang, seorang penumpang biasa berkata kepada wartawan CRI, "Adakah saudara selalu menaiki kereta api bawah tanah?"
"Saya datang dari bahagian timur laut China dan selalu mengurus kerja di Beijing. Kereta api bawah tanah Beijing agak memudahkan pengguna, ia cepat lagi lancar."
"Apa perubahan dialami oleh kereta api bawah tanah Beijing dalam tempoh beberapa tahun lalu?"
"Pada masa dahulu sewaktu menaiki kereta api bawah tanah, saya selalu susah mencari arah yang betul. Kerana waktu itu, tandanya kurang. Sekarang sudah dibina banyak tanda baru, saya tidak bimbang lagi salah cari tempat."
Baru-baru ini, penumpang yang matanya tajam mendapati di stesen kereta api bawah tanah Beijing, sudah dibina banyak tanda "Keluar Kecemasan" yang berwarna hijau , dan penunjuk yang berwarna kuning. Tanda tanda tersebut baru dibina oleh Syarikat Kereta Api Bawah Tanah Beijing. Mereka dibuat dari papan alumnium yang terang sewaktu gelap. Apabila berlakunya keadaan darurat, ia boleh membantu penumpang mencari tempat keluar dengan selamat. Encik Xu, seorang penumpang berkata kepada wartawan CRI, "Saya setiap hari menaiki kereta api bawah tanah dan baru-baru ini mendapati banyak tanda kecemasan sudah dibina. Saya menganggap ia mustahak. Kes kebakaran kereta api bawah tanah yang berlaku di Republik Korea pada bulan Feb tahun 2003 mengakibatkan kematian dan kecederaan yang hebat kerana kekurangan kemudahan kecemasan dalam stesen kereta api bawah tanah. Kami sebagai penumpang biasa berasa seronok setelah kereta api bawah tanah Beijing menyimpulkan pengalaman itu."
Untuk memudahkan penumpang, kereta api bawah tanah Beijing secara percuma membuka tandas awamnya. Seorang penumpang wanita yang berumur kira-kira 60 tahun berkata kepada wartawan CRI,
"Anak kecil selalu cari tandas, maka saya jarang membawa anak jalan ke luar. Saya ingat pada masa dahulu, stesen kereta api bawah tanah tidak membuka tandasnya. Sekarang sudah baik, saya tidak bimbang lagi jika membawa anak kecil menaiki kereta api bawah tanah."
----Azmi
|