Pakar Kacukan Benih Padi China Dianugerahkan "Hadiah Bahan Makanan Sedunia"
CRI
Menurut berita CRI: Tabung "Hadiah Bahan Makanan Sedunia" semalam di Washington mengumumkan, pakar China Yuan Longping dan Profesor Ghana, Monty Jones dianugerahkan hadiah tersebut kerana sumbangan mereka menghasilkan benih padi yang menghasilkan buah yang lebat. Pengerusi Tabung "Hadiah Bahan Makanan Sedunia" Kenneth Quinn menyanjung tinggi hasil penyelidikan sains kedua-dua saintis tersebut dalam upacara pengumuman senarai nama pemenang hadiah tersebut.
|
|