Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-31 11:06:01    
Long Yongtu: Kemakmuran China Sediakan Peluang Pembangunan Kepada Pelbagai Negara ASEAN

CRI
Menurut Agensi Berita China, Setiausaha Agung Forum Asia Boao encik Long Yongtu semalam di Boao provinsi Hainan China berkata bahawa kekurangan perdagangan China di ASEAN pada tahun lalu mencatat 17 bilion dolar Amerika. Ini bermakna bahawa kemakmuran China menyediakan peluang pembangunan kepada pelbagai negara ASEAN.

Long Yongtu berkata selepas China menganggotai Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), China merupakan pasaran yang besar bagi rantau ini dan dunia. Perkembangan tersebut akan menjadikan China sebagai pasaran eksport terbesar bagi negara jiran.

Long Yongtu menambah bahawa penduduk kelas menengah China sedang membesar dengan cepat diluar dugaan. Daya melancong keluar negeri beli barangan dan penggunaan di luar negara tidak syak lagi membuka peluang pelaburan kepada negara ASEAN.