Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-03-31 11:15:47    
Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China - Korea Selatan Akan Capai Kemajuan Lebih Besar

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Menteri Perdagangan China Bo Xilai ketika menemui Menteri Luar dan Perdagangan Korea Selatan Ban Ki-moon menyatakan bahawa China bersedia meningkatkan secara positif hubungan ekonomi dan perdagangan dengan Korea Selatan. Beliau yakin bahawa kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua dua negara akan mencapai kejayaan yang lebih besar dalam beberapa tahun yang akan datang.

Bo Xilai berkata bahawa China penuh keyakinan untuk mencapai jumlah perdagangan dua hala sebanyak 100 bilion dolar Amerika yang ditetapkan oleh pemimpin kedua-dua negara dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Ban Ki-moon optimis terhadap perkembangan perdagangan antara kedua dua negara.