Menurut Agensi Berita Xinhua China bahawa Kemboja telah memusnahkan 233 peluru berpandu darat-udara yang disimpan dalam depot senjata Kementerian Pertahanan di Provinis Kampong Spoe, sebelah barat ibu kota Phnom Penh hari ini.
Pegawai Kementerian Pertahanan Kemboja Tea Banh dan Prince Sisowath, wakil pertubuhan antarabangsa dan utusan asing di Kemboja telah menyaksikan proses pemusnahan peluru tersebut.
Tea Banh berkata, kerana terlalu lama, peluru perpandu darat-udara tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi, tetapi jika jatuh ke tangan pengganas, ia akan ancaman serius terhadap manusia. Dengan demikian, Perdana Menteri Hun Sen memerintahkan supaya semua peluru itu dimusnahkan.
|