Pada Februari tahun ini, Persatuan Bola Keranjang China mengumumkan bahawa persatuan itu telah melantik Del Harris, warga A.S. dan Jonas Kazlauskas, warga Lithaunia sebagai Ketua Jurulatih dan jurulatih Pasukan Bola Keranjang Kebangsaan China. Pada 17 Mac lalu, Jonas telah tiba di Beijing dan secara rasmi membinbing Pasukan Bola Keranjang Lelaki Kebangsaan China.
Oleh sebab Ketua Jurulatih, Del Harris masih menjadi jurulatih Pasukan Dallas Maverick A.S., dan beliau akan membimbing pasukan China pada Jun tahun ini. Lantaran itu, Jonas akan memulakan tugasnya membimbing Pasukan Bola Keranjang Lelaki China dalam tempoh dua bulan akan datang.
Jonas yang berumur 50 tahun pernah menyandang jawatan Ketua Jurulatih Pasukan Bola Keranjang Lelaki Kebangsaan Lithaunia dan mengetuai pasukan itu meraih pingat gangsa dalam Sukan Olimpik Sydney tahun 2000. Beliau pernah banyak kali dipilih sebagai Jurulatih Bola Keranjang Terbaik di Eropah dan dianugerahkan sebagai "European Caesar" kerana kerjaya unggulnya.
Walaupun baru datang ke China, Jonas mulai membimbing pasukan China pada 17 Mac lalu dan mengadakan sidang akhbar pertamanya. Beliau berkata bahawa beliau pernah menonton video pertandingan pasukan China dan sudah memahami gaya dan taraf pemain China. Beliau berkata,
"Semua pemain pasukan China mempunyai bakat dan mereka berlatih bersungguh-sungguh setiap hari, masa depan mereka amat cerah."
Jonas semasa membimbing pasukan bola keranjang Lithaunia telah menetapkan strategi yang berhasil menonjolkan kelebihan pemain Lithaunia yang terkenal, Sabonis. Pasukan Bola Keranjang Lelaki China memiliki Yao Ming, pemain terkenal di NBA, tetapi Jonas menyatakan bahawa beliau tidak akan mencontohi strategi lama kerana gaya pasukan China dan pasukan Lithaunia berbeza."
Menurut beliau bahawa sebelum datang ke China, beliau pernah melawat A.S. dan telah menetapkan pendekatan latihan dengan Harris. Pemain pasukan bola keranjang China, Fan Bin sudah memahami cara latihan itu. Beliau berkata,
"Cara itu dapat mengajar kami bagaimana bermain bola keranjang dengan lebih bijak dan membolehkan para pemain memahami idea jurulatih dengan lebih baik."
Ketua Pasukan Bola Keranjang Lelaki Kebangsaan China, Kuang Lubin berkata bahawa Persatuan Bola Keranjang China mengundang jurulatih asing dengan harapan mereka dapat mengajar teknik dan konsep permainan yang baru kepada pemain China.
Beliau berkata bahawa pemain-pemain China sukar ditingkatkan taraf permainan mereka kerana faktor ketinggian fizikal dan lain-lain. Tetapi pada masa ini, pasukan bola keranjang China memiliki ramai pemain yang tinggi seperti Yao Ming dan Bater. Taraf bola keranjang China juga banyak meningkat dengan adanya pertandingan bola keranjang profesional di China. Walau bagaimanapun, teknik, cara latihan dan taraf pemain serta jurulatih China agak mundur. Ini sebabnya pasukan bola keranjang China menduduki tempat pertama di Asia tetapi tidak mencapai kemenangan dalam pertandingan antarabangsa. Kuang Lubin berkata,
"Perkembangan bola keranjang China telah memasuki zaman baru. Masalah yang kami hadapi adalah bagaimana meningkatkan lagi taraf bola keranjang China."
Beliau berkata, para jurulatih asing seperti Jonas mempunyai pengalaman yang kaya dan mereka pasti akan membawa teknik dan cara latihan yang paling moden kepada pemain China.
Kuang Lubin mengakui bahawa penglibatan Yao Ming dalam pertandingan bola keranjang NBA pada tahun 2002, dan penyertaan kedua-dua jurulatih asing itu dalam pasukan bola keranjang China akan meningkatkan lagi imej bola keranjang China di arena antarabangsa.
----Wang Jin
|