Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-01 17:07:03    
Menjayakan Ekspo China-ASEAN, Menjemput Tetamu dari ASEAN

CRI
"Dalam sidang kemuncak ke-7 10 campur 1 China-ASEAN yang diadakan di Bali Indonesia pada 8 Oktober 2003, Perdana Menteri China Wen Jiabao mencadangkan akan mengadakan Ekspo China-ASEAN di Nanning, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China setiap tahun bermula pada tahun ini, dan Nanning menjadi tempat penganjuran tetap ekspo tersebut. Cadangan itu telah disetujui oleh pelbagai negara anggota ASEAN. Ekspo itu bukan sahaja sangat penting bagi Guangxi, tetapi juga merupakan peristiwa yang penting bagi China."

Demikian dinyatakan oleh Ahli Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China, Naib Pengerusi Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, Puan Yu Shuxia dalam perbincangan sidang ke-2 Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China ke-10 yang diadakan baru-baru ini. Dalam ucapannya, Yu Shuxia telah menjelaskan pentingnya Ekspo China-ASEAN kepada para Ahli Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China dan mengalu-alukan tokoh masyarakat pelbagai bidang bersama-sama menjayakan ekspo tersebut.

Sebagai satu projek kerjasama antara China dan pelbagai negara ASEAN untuk mendorong penubuhan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN, Ekspo China-ASEAN telah mendapat perhatian yang serius daripada kerajaan China. Sebagai pemimpin Guangxi, ucapan Yu Shuxia tersebut telah menunjukkan kerajaan Guangxi sangat mementingkan penganjuran ekspo itu. Puan Yu Shuxia menegaskan, "Sebagai Naib Pengerusi Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China, saya sangat mementingkan penganjuran Ekspo China-ASEAN. Ekspo itu bukan sahaja merupakan peristiwa yang penting di Guangxi, tetapi juga sangat penting kepada 1.6 bilion rakyat di China dan seluruh ASEAN.

Pada 3 hingga 6 November 2004, Ekspo China-ASEAN akan diadakan di Nanning, ibu kota Guangxi China. Puan Yu Shuxia memaklumkan, sebagai ekspo antarabangsa peringkat kebangsaan, ekspo itu mempunyai skop yang besar dan akan mengundang 25000 hingga 30000 orang tetamu. Beliau berkata, "Ekspo China-ASEAN akan melibatkan 5 sektor, iaitu perdagangan barang-barang, perdagangan perkhidmatan, kerjasama pelaburan, forum peringkat tinggi dan pertukaran kebudayaan."

Yu Shuxia menyatakan, Ekspo China-ASEAN bukan sahaja ekspo perdagangan, tetapi juga akan menyediakan peluang saling melabur kepada usahawan China dan ASEAN serta ruang perbincangan politik, perdagangan dan akademi kepada kedua-dua pihak berdasarkan perniagaan dan perdagangan.

Untuk mencapai taraf kualiti yang tinggi menjayakan ekspo kali ini, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China sejak penghujung tahun lalu sudah memulakan persiapan untuk menganjurkan ekspo itu dengan sokongan dan panduan Kementerian Perdagangan China. Kerajaan Guangxi juga telah menubuhkan badan khas menangani hal-ehwal ekspo itu. Yu Shuxia menyatakan, "Guangxi pada 26 Disember 2003 telah menubuhkan Jabatan Hal-ehwal Ekspo Antarabangsa Guangxi, Naib Gabenor Guangxi menyandang jawatan ketua jabatan itu. Jabatan itu bertanggungjawab terhadap perancangan menyeluruh Ekspo China-ASEAN, menangani pemasaran, reka bentuk ruang pameran dan lain-lain."

Di samping itu, Yu Shuxia juga menyatakan, Guangxi masih kurang pengalaman dalam penganjuran ekspo yang besar, oleh sebab itu, badan berkenaan sedang belajar daripada badan yang terkenal dari Hong Kong dan Tanah Besar. Beliau juga memohon cadangan dari pelbagai negara anggota ASEAN.

Dengan kerjasama antara Jabatan Hal-ehwal Ekspo Antarabangsa Guangxi dan badan-badan yang lain, kerja persiapan Ekspo China-ASEAN sedang dijalankan dengan teratur, Pusat Konvensyen dan Pameran Nanning sudah siap, namun pembinaan kemudahan lalu lintas, penyempurnaan jaringan telekomunikasi dan pembinaan semula hotel sedang giat dilaksanakan. Yu Shuxia menyatakan, "Persiapan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Misalnya, Jabatan Hal-ehwal Ekspo Antarabangsa Guangxi sudah menetapkan satu jadual, sejak jabatan itu ditubuhkan sehingga ekspo dimulakan, pelbagai kerja sudah dijadualkan dengan tersusun, terdapat banyak kerja diuruskan setiap hari."

Dimaklumkan, ekspo kali ini, juga akan menyediakan ruang pameran di luar dewan. Kerajaan Guangxi juga akan mengemukakan beberapa dasar keutamaan untuk menyediakan iklim pelaburan yang baik kepada usahawan dari China dan ASEAN.

Adakah saudara berminat tentang Ekspo China-ASEAN pertama? Silakan datang ke Nanning Guangxi pada Disember tahun ini.

----Andika