Menurut Agensi Berita Xinhua China bahawa Forum Rantau ASEAN semalam di Manila menyeru pelbagai negara harus meningkatkan kerjasama antikeganasan untuk membanteras jenayah transnasional, dan mengambil tindakan untuk menjamin keselamatan pengguna lalu lintas di darat, laut dan udara.
Sidang Forum Rantau ASEAN yang berlangsung selama 2 hari telah ditutup di Manila pada 31 Mac. Sidang tersebut membincangkan strategi menghadapi serangan keganasan yang mungkin akan dilancarkan oleh pertubuhan keganasan Asia Tenggara seperti "Kumpulan Militan Islam" serta pertubuhan keganasan lain terhadap laluan pengangkutan dan kemudahan lain di rantau tersebut.
|