Menurut berita CCTV: sejak bulan lalu, beberapa kejadian letupan bom dan serangan keganasan berlaku di kawasan padat penduduk Islam di bahagian selatan Thailand. Kerajaan Thailand telah memberi amaran agar penduduk di sekitar kawasan itu berwaspada terhadap serangan keganasan besar-besaran yang mungkin berlaku dalam aktiviti perayaan tahun baru Thailand pada bulan April nanti.
Kerajaan Malaysia mengambil perhatian terhadap perkara ini. Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semalam menyatakan, kerajaan Malaysia sama sekali tidak mengizinkan sebarang pengganas masuk ke Malaysia. Tahap keselamatan telah ditingkatkan di sempadan Malaysia-Thailand dan kedua-dua negara akan membanteras bersama-sama aktiviti keganasan dalam sebarang bentuk.
|