Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-02 16:15:41    
"Saham Konsep China" Tetap Punya Nilai Pelaburan

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China bahawa berdasarkan statistik Morgan Stanley, sebanyak 192 buah perusahaan dari Tanah Besar China melabur dalam pasaran modal antarabangsa, dan jumlah keseluruhan dana yang dikumpul mencatat lebih 43 bilion dolar Amerika. Tokoh ekonomi dalam dan luar negara China berpendapat disebabkan ekonomi China terus berkembang dengan stabil, "saham konsep China" tetap mempunyai nilai pelaburan yang boleh dinanti-nantikan.

Pegawai Morgan Stanley menyatakan di Shanghai baru-baru ini bahawa banyak perusahaan besar China termasuk China Telecom dan Syarikat Petrolium Kimia China Bhd. sudah ditetapkan oleh ramai pengurus syarikat saham sejagat sebagai saham yang "mesti dipegang". Tambah beliau, banyak perusahaan China telah mencapai kejayaan dalam pasaran modal antarabangsa.