Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-05 11:41:30    
Cerita tentang Olahragawan Sukan Orang Cacat ke-6 China

CRI

Olahraga merupakan acara sukan yang diminati oleh orang cacat untuk menyertai aktiviti masyarakat. Melalui sukan olahraga, mereka bukan sahaja meningkatkan kesihatan, tetapi juga boleh memperluas pandangan supaya dapat meningkatkan keyakinan.

Encik Zhang Haidong yg berumur 35 tahun, mengidap penyakit polio semasa bayi tidak lama selepas dilahirkan dan menggunakan kerusi roda sejak kecil. Beliau pernah 2 kali menjadi johan Sukan Olimpik Orang Cacat, 2 kali menjadi johan Sukan Kejohanan Orang Cacat Dunia, dan 3 kali menjadi johan Sukan Orang Cacat Yuanan. Dalam Sukan Orang Cacat ke-6 China yg baru ditutup, beliau menciptakan rekod baru dunia dengan 240.5 kilogram. Kerana kakinya cacat, Zhang Haidong hanya boleh bergantung kepada kekuatan lengan dan pinggang semasa menjalani latihan angkat berat dan lontar peluru. Ketika mengenang kembali pengalaman menjalani latihan dalam beberapa tahun yang lalu, beliau berkata, "Yang paling susah ialah latihan yang serius, kadangkala saya mahu merangkak pun susah. Seiring dengan latihan ditingkatkan, kekuatan badannya turut meningkat. Seterusnya, yang susah diterima ialah kebosanan dalam latihan. Setiap hari saya hanya ditemani dengan tali kajai"

Setelah menjalani latihan keras selama beberapa tahun, Zhang Haidong dengan ketara meningkatkan kejayaannya, dan bukan sahaja berjaya menduduki tempat pertama dalam acara angkat berat dan lontar peluru, tetapi juga lulus dalam pemilihan dan mewakili orang cacat China menyertai beberapa pertandingan antarabangsa.

Zhang Haidong berkata, "Ramai orang cacat berasa rendah diri sehingga kurang keyakinan. Melalui latihan olahraga, keyakinan mereka boleh ditingkatkan. Selain itu, sukan boleh meningkatkan kesihatan kita sehingga menyeronokkan kehidupan kita".

Encik Zhang Lixin yang berasal dari Provinsi Liaoning, bahagian timur laut China ialah seorang atlet yang berumur 20 tahun. Pada 7 tahun lalu, kaki kirinya dipotong akibat tumor tulang. Pada suatu ketika semasa menonton siaran TV, beliau berminat acara sukan "Lumba Kerusi Roda". Pada 3 tahun lalu, Zhang Lixin memulakan latihan 'Lumba Kerusi Roda' dan menjadi seorang atlet muda dalam Pasukan Lumba Kerusi Roda Orang Cacat Provinsi Liaoning.

Dalam Sukan Orang Cacat ke-6 China, Zhang Lixin memenangi 6 pingat emas dalam 6 acara lumba kerusi roda. Beliau berasa gembira sekali dan berkata,

"Saya gembira sekali, dan berpuas hati setelah menjalani latihan sukan khususnya kejohonan kali ini kerana mencapai kejayaan yang begitu baik. Saya penuh keyakinan terhadap diri sendiri dan kini berani menghadapi sebarang kesulitan pada masa akan datang."

Encik Li Chunji—Jurulatih Zhang lixin berkata kepada wartawan bhw untuk mencapai kejayaan yang baik dalam acara lumba kerusi roda, Zhang Lixin telah mengatasi banyak kesulitan yang sukar dibayangkan oleh orang biasa. Beliau berkata, "Sebelum menjalani latihan, badannya tidak begitu kuat dan beliau agak pemalu. Melalui latihan dan atas galakan atlet senior, Zhang Lixin beransur-ansur suka sukan ini dan menjadi seorang olahragawan yang berpotensi. Melalui perlumbaan kali ini, beliau telah berjaya meningkatkan keyakinan terhadap diri sendiri".

----AZMI