Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-05 11:41:01    
Garam Iodin telah Tingkatkan Kesihatan Warga China

CRI
Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, kerajaan China telah berusaha dengan gigih untuk menghapuskan penyakit kekurangan iodin dan mencapai hasil yang mengagumkan. Kesihatan warga China amat ditingkatkan dan pesakit kekurangan iodin semakin berkurangan.

Puan Wang Huimin yang sudah berumah tangga yang tinggal di bahagian barat Bandar Beijing selalu membeli-belah di pasar yang terdekatan dengan rumahnya. Ketika wartawan CRI berjumpa Puan Wang Huimin di pasar raya, beliau sedang membeli garam iodin. Beliau berkata, "Kami selalu dimaklumkan melalui surat khabar dan radio tentang faedah garam iodin terhadap kesihatan, dan saya tahu kekurangan iodin mengakibatkan banyak penyakit. Maka, kami sentiasa menggunakan garam iodine dalam resipi masakan dan kawan-kawan saya juga berbuat demikian."

Statistik Kementerian Kesihatan China menunjukkan bahawa pada masa ini, terdapat 90% warga China makan garam iodin dan pelbagai penyakit akibat kekurangan iodin seperti bengkak kelanjar tiroid dan pekak serta bisu kini berkurangan secara besar-besaran.

Kerajaan China sentiasa mementingkan kerja pencegahan dan rawatan pesakit kekurangan iodin dan mengawalnya sebagai penyakit utama. Pegawai Kementerian Kesihatan China Encik Chen Shaoxian berkata, "Kerajaan China menumpukan perhatian terhadap pencegahan dan rawatan pesakit kekurangan iodin yang berkaitan dengan kesihatan rakyat sesuain dengan perkembangan sosioekonomi. China telah membentuk mekanisme yang diuruskan oleh kerajaan pusat, diselaraskan oleh pelbagai bahagian kerajaan dan disertai oleh seluruh masyarakat. Dalam proses menghapuskan penyakit kekurangan iodin, kami meneruskan pelaksanaan tindakan yang mengutamakan penggunaan garam iodin."

Provinsi Fujian yang terletak di bahagian tenggara China mempunyai sumber garam yang kaya dan harga garam bukan iodin agak murah. Pasaran garam iodin pernah mempengaruhi penjualan garam bukan iodin. Dengan demikian, bahagian kesihatan dan bahagian pendidikan Provinsi Fujian mengadakan kerjasama menjalankan usaha mempopularkan pengetahuan garam iodin di sekolah rendah dan sekolah menengah. Pegawai Jabatan Kesihatan kerajaan Provinsi Fujian Encik Chen Wenjia berkata, "Setiap tahun kami menjalankan satu hingga dua kali kegiatan mempopularkan pengetahuan garam iodine di kalangan pelajar supaya mereka sejak kecil dapat meningkatkan kesedaran menjaga kesihatan sendiri."

Setelah tindakan pencegahan dan perawatan yang mengutamakan penggunaan garam iodin dilaksanakan secara menyeluruh, taraf kesihatan yodium warga China ditingkatkan dengan ketara. Pegawai Kesihatan China Encik Chen Shaoxian berkata, "Pada tahun 2000, China mengumumkan kepada seluruh dunia bahawa China pada asasnya telah berjaya mencapai sasaran menghapuskan penyakit kekurangan iodin. Menurut Kajian Penyakit Kekurangan Iodin Kebangsan China ke-4 yang dijalankan pada tahun 2002, nisbah warga China makan garam iodin meningkat lebih kurang 90%, dan nisbah mengidap penyakit bengkak kelanjar tiroid terus menurun sehingga mendekati taraf seluruh dunia iaitu 5%."

Menyentuh hasil yang dicapai oleh China dalam bidang mencegah dan mengubati pesakit kekurangan iodin, Ketua Ekskutif  Tabung Kanak-kanak P.B.B Puan Karin Sham Poo berpendapat, "Seperti saya saksikan sekarang, China memang telah mencapai kejayaan yang besar dalam bidang mencegah dan mengubati pesakit kekurangan iodin. Saya berpendapat jika suatu negara dapat mencapai matlamat menjadikan 90% warganya makan garam iodin, boleh dikatakan negara itu mencapai kejayaan yang sebenar. China telah mencapai matlamat tersebut dan kejayaannya juga menjadi contoh bagi negara lain."

----Azmi