|
Menurut Akhbar Pemuda Beijing: berdasarkan maklumat dari Kementerian Kesihatan China semalam, Kementerian Kesihatan China setiap hari telah menghentikan pengumuman untuk sementara waktu terhadap masyarakat tentang pengawasan wabak SARS. Ini bermakna kerja pencegahan wabak SARS diuruskan secara normal di China.
Menurut jurucakap penerangan Kementerian Kesihatan China, menghentikan pengumuman terhadap masyarakat tentang pengawasan wabak SARS tidak bermakna melonggarkan pencegahan dan kawalan terhadap wabak SARS. Pengawasan terus akan ditingkatkan di pelbagai tempat. Asal saja wabak SARS dikesan, Kementerian Kesihatan China akan mengumumkan maklumat tentang wabak itu kepada masyrakat tepat pada waktunya.
|