Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-05 11:40:39    
Perkembangan Bandar Taiyuan, Ibu Kota Provinsi Shanxi China

CRI
Bandar Taiyuan, ibu kota provinsi Shanxi di bahagian tengah barat China merupakan bandar kebudayaan bersejarah yang terkenal di China, bandar itu pernah mempunyai pengaruh yang penting dalam perkembangan sejarah China. Kerajaan bandar Taiyuan berusaha untuk mempercepat perkembangan bandar Taiyuan memulihkan kemakmuran bandar itu.

Bandar Taiyuan sentiasa merupakan bandar kebudayaan dan perdagangan China yang penting sejak zaman purba. Bandar itu mempunyai pemandangan yang indah, tamadun bersejarah yang lama dan mempunyai asas kebudayaan yang kukuh.

Sejak Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949, kerajaan China memperuntukkan sejumlah besar modal untuk mengembangkan industri di Taiyuan, sehingga Taiyuan menjadi pangkalan pengeluaran industri bahan galian seperti arang batu, mesin, industri kimia dan tenaga elektrik yang penting di China. Sejak dasar pembaharuan dan buka pintu dilaksanakan di China pada tahun 1978, ekonomi dan pelbagai perusahaan di Taiyuan berkembang dengan pesat, pemandangan bandar berubah ketara, taraf kehidupan rakyat terus ditingkatkan. Semasa membicarakan tentang pertumbuhan ekonomi bandar itu pada tahun lalu, Datuk Bandar Taiyuan Encik Li Ronghuai menyatakan,

"Pelbagai jatah ekonomi di bandar Taiyuan meningkat dengan pesat pada tahun 2002, antaranya, Keluaran Dalam Negara Kasar meningkat 13.5%, jumlah pendapatan kewangan bertambah 21.7%, pendapatan penduduk bandar dan pekan purata meningkat 13.5%. Angka-angka tersebut merupakan taraf yang terbaik dalam sejarah."

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan bandar Taiyan berusaha untuk menyempurnakan iklim pelaburan, mengubah fungsi kerajaan, membentuk sistem pengurusan ekonomi pasaran yang selaras dengan kelaziman antarabangsa untuk membuka pintu lebih luas, meningkatkan kerjasama antarabangsa dan meningkatkan daya saingan menarik pelaburan asing. Encik Li Ronghuai menyatakan,

"Pada tahun lalu, projek kawalan alam sekitar bandar Taiyuan dan beberapa projek kemudahan infrastruktur yang berkaitan telah selesai dibina, misalnya projek saliran air Sungai Kuning selesai di bina, jalan raya diperlebar dan dinaik taraf, taman dibina dan pokok dan rumput ditanam bagi menghujaukan kawasan bandar dan menyediaka kawasan berehat untuk penduduk di bandar. Selain itu, kerajaan meningkatkan kecekapan pengurusan. Kesemuanya ini menyebabkan iklim pelaburan bandar Taiyuan mengalami perubahan yang besar."

Untuk menarik pelaburan asing, kerajaan bandar Taiyuan juga menyediakan 200 projek pada tahun ini. Projek-projek tersebut melibatkan bidang industri, bidang pertanian, teknologi canggih, pembangunan bandar, pertukaran perdagangan, pelancongan dan kebudayaan. Ciri-ciri projek tersebut ialah perkembangan ekonomi yang berpotensi besar, pasaran yang luas, dan kadar keuntungan yang tinggi. Dengan bantuan kerajaan dan bank, kerja persiapan beberapa projek sudah selesai dibina. Semasa membicarakan tentang matlamat perkembangan pada masa depan, Datuk Bandar Encik Li Ronghuai menyatakan,

"Kami sedang menjayakan pembangunan secara menyeluruh masyarakat kaya sebagai matlamat, memainkan keunggulan sendiri, membaharui fikiran dan konsep, memulihara ekologi alam sekitar, iklim pelaburan dan mengembangkan ekonomi dalam tempoh kira-kira 3 tahun agar bandar Taiyuan menjadi bandar yang maju dan ekologi alam sekitarnya bersih dan terpelihara ekologi, iklim pelaburan dan ekonomi berkembang pesat di bahagian tengah barat China."

----Ching