Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-04-05 11:39:48    
Struktur Pembangunan Tali Air China akan Disusun Semula

Agensi Berita Xinhua China
Struktur pembangunan tali air China akan disusun semula. Di samping menyempurnakan sistem projek pencegahan banjir, China akan berusaha untuk meningkatkan pembinaan projek sumber air. Ini adalah salah satu tindakan untuk mewujudkan matlamat membangunkan masyarakat kaya di China. Maklumat ini dikeluarkan dari Sidang Kebangsaan tentang Kerja Perancangan Tali Air China yang diadakan di bandar Yangzhou, Provinsi Jiangsu di bahagian timur China.

Dalam tempoh beberapa tahun yang lalu, pembangunan untuk mencegah banjir sentiasa diutamakan dalam struktur pelaburan tali air China. Pada tahun 1998 hingga tahun 2002, peruntukan pembinaan infrastruktur tali air kerajaan pusat berjumlah 178.6 bilion Yuan RMB, antaranya kadar peruntukan pembinaan projek pencegahan banjir mencatat 70.4% daripada jumlah peruntukan tersebut. Menurut hasil kajian, kerugian ekonomi akibat bencana banjir di China akan berkurangan setelah kemudahan infrastruktur untuk mencegah banjir selesai dibina, akan tetapi, kerugian ekonomi akibat kekurangan sumber air mencatat kira-kira 180 bilion Yuan RMB setiap tahun, kerugian ekonomi akibat pencemaran air mencatat kira-kira 250 bilion Yuan, manakala kerugian ekologi akibat kekurangan air dan pencemaran air jauh lebih serius daripada kerugian ekonomi.

Badan berkaitan berpendapat, selain ancaman bencana banjir, perkembangan tali air China juga menghadapi pertentangan yang semakin serius antara perkembangan secara berterusan sosioekonomi dengan kekurangan sumber air dan pencemaran ekologi alam sekitar, maka struktur pelaburan tali air China harus disusun semula dengan lebih sistematik agar kesan pelaburan tersebut yang lebih bermanfaat.

Menurut maklumat Sidang Kebangsaan tentang Kerja Perancangan Tali Air China, matlamat penyusunan semula struktur peruntukan tali air China pada masa depan ialah: menambah peruntukan projek sumber air, di samping menjamin peruntukan pembinaan projek membenalkan air dari bahagian selatan China ke bahagian utara, China juga akan mempertimbangkan sepenuhnya permintaan pembangunan ekonomi dan kemajuan urbanisasi desa dan bekalan air di bandar, meningkatkan pembinaan projek sumber air utama, khususnya menyelesaikan isu jaminan sumber air di bandar kecil dan sederhana di kawasan bahagian barat; setelah projek memperkukuh empangan utama Sungai Yangtze selesai dibina, pembinaan projek pencegahan banjir di kawasan pengairan Sungai Huai akan diutamakan; setelah China menganggotai WTO, daya saingan pertanian China harus ditingkatkan dan pendapatan kaum petani harus ditambah, sehubungan dengan itu, isu air minuman penduduk dan ternakan harus diselesaikan; pengubahsuaian kemudahan bagi menjimatkan penggunaan air harus ditingkatkan; pelaksanaan projek kawalan ekolog harus dipercepat. Di samping menambah peruntukan terhadap projek untuk melindungi sumber air di Sungai Hei, Sungai Ta dan sungai-sungai di bandar raya Beijing China juga akan merancang dan mengkaji isu kawalan di sungai-sungai yang ekologinya terjejas serius akibat pencemaran di bahagian barat China; meningkatkan peruntukan dalam bidang-bidang seperti pengawasan dan kawalan terhadap hidrologi dan sumber air untuk meningkatkan taraf pengurusan sumber air.

----Ching