Menurut berita akhbar China—Beijing Morning, bahagian berkenaan China semalam telah melaksanakan "Projek Sinaran Matahari Psikologi" dan menyeru rakyat memberi perhatian terhadap masalah kesihatan psikologi dan kesihatan jiwa orang muda.
Terdapat seramai lebih kurang 16 juta pesakit jiwa di China pada masa ini, antaranya, kebanyakan orang muda. Difahamkan bahawa Kementerian Kesihatan China telah menggubal rancangan kerja kesihatan jiwa sebelum tahun 2010, manakala Kementerian Pendidikan China juga telah mengemukakan tuntutan dan standard yang konkrit terhadap kerja pemeliharaan kesihatan psikologi pelajar.
|