Wartawan CRI melaporkan bahawa pelbagai pemimpin China termasuk Hu Jintao, Jiang Zemin, Wu Bangguo, Wen Jiabao dan lain-lain pagi tadi telah tiba di Taman Chaoyang Beijing untuk menyertai aktiviti penanaman pokok wajib.
3 April Merupakan Hari Tanam Pokok Wajib ke-20 di Bandar Beijing. Sewaktu pagi-pagi hari ini, seramai 2 juta pegawai dan rakyat di bandar Beijing telah bertolak ke gunung tandus, tanah terbiar, pekan, kampung dan jalan jalan di bandar untuk menanam pokok dan menghijaukan ibu negara China.
|